Berita Harian

Allianz lancar Smart Home Cover

Insurans rumah modular baharu pertama di Malaysia lebih mampu milik, ikut bajet

- Oleh Che Wan Barul Alias

Cover dibangunka­n dengan meletakkan keperluan pelanggan sebagai fokus produk ini yang mahukan insurans kediaman lebih fleksibel dan tambah nilai yang menepati keperluan.

“Menerusi konsep modular, kos produk insurans yang sering kali dianggap terlalu tinggi sebelum ini kini menjadi lebih mampu milik mengikut bajet isi rumah dan mereka bebas menambah nilai perlindung­an yang mereka mahukan,” katanya pada majlis pelancaran­nya di Kuala Lumpur, semalam.

Sasar premium meningkat

Mengulas lanjut, Zakri berkata syarikat menyasarka­n sumbangan premium insurans kediaman kepada keseluruha­n premium insuransny­a akan meningkat antara 10 peratus sehingga 12 peratus dalam tempoh 24 bulan, berbanding kini sekitar lima peratus.

Katanya, pertumbuha­n ketara itu diharapkan dapat dipacu daripada pengenalan Smart Home Cover yang pertama kali akan mencetuska­n permintaan baharu dikalangan pemilik kediaman yang masih belum memiliki insurans.

Di Malaysia, beliau berkata, hanya dua juta rumah memiliki perlindung­an insurans dan bakinya sekitar enam juta tidak memiliki insurans.

“Ini terjadi kerana kesedaran memiliki insurans kediaman hanyalah sekadar memenuhi keperluan pinjaman kediaman bank. Justeru, penting bagi kami menjadikan insurans kediaman lebih relevan untuk pengguna berbanding hanya perlindung­an bayaran ansuran pinjaman rumah dan kebakaran yang amat jarang berlaku.

“Hasilnya kami turut menambah nilai produk insurans kediaman ini secara modular meliputi perlindung­an pembaikan rumah, perlindung­an isi rumah, kerosakan rumah, bahkan bantuan jika penyewa melarikan diri,” katanya.

Perlindung­an Bayaran Ansuran Pinjaman Perumahan

→ Meliputi ansuran pinjaman bulanan sekiranya rumah itu dianggap tidak sesuai didiami buat sementara waktu disebabkan peristiwa yang atau pemindahan oleh pihak berkuasa tempatan melebihi 72 jam atau orang yang diinsurans­kan ditimpa kematian atau hilang upaya kekal sepenuhnya.

Pembaikan Rumah

→ Perlindung­an termasuk pembayaran balik dalam membaiki paip pecah: pembaikan sementara pintu, kunci dan tingkap yang timbul akibat kecurian; elaun bantuan domestik dan apaapa pembaikan rumah atau perkhidmat­an yang diminta melalui rakan Allianz seperti Servis Hero dan Recommend

Insurans Pemilik Rumah → Bantuan untuk pemilik aset melindungi daripada penyewa tidak jujur dan menyebabka­n kerosakan di rumah atau melarikan diri. Yuran perundanga­n untuk mengeluark­an

Surat Permintaan juga akan dilindungi oleh Allianz General.

 ?? [ FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL / BH ] ?? Zakri (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang melancarka­n Allianz Smart Home Cover di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL / BH ] Zakri (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang melancarka­n Allianz Smart Home Cover di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia