Berita Harian

COURTS buka cawangan di Keningau, Semporna

Tawar promosi pembukaan bermula RM1, diskaun sehingga 80 peratus

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Courts Malaysia (COURTS) mengukuhka­n kehadirann­ya di Sabah dengan membuka dua lagi cawangan baharu di negeri itu, masingmasi­ng di Keningau dan Semporna.

Kedua-dua cawangan itu adalah yang ke-10 dan ke-11 di Sabah dan Sarawak, serta ketiga dan keempat di Sabah selepas COURTS Inanam dan Karamunsin­g, manakala tujuh cawangan beroperasi di Sarawak setakat ini.

COURTS Keningau di Bandar Baru Keningau menyediaka­n ruang pameran seluas 1,579 meter persegi, manakala COURTS Semporna yang dibuka di Bandar Baru Semporna menyediaka­n ruang pameran seluas 743 meter persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif COURTS, Dolf Posthumus, berkata kedua-dua cawangan baharu itu menawarkan pelbagai produk elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot dalam semua kategori, termasuk konsep stor seperti Ultimate Screens, Yourfurnit­ure, YourBeddin­g dan Coolzone Plus.

“Pembukaan COURTS Keningau dan Semporna mengukuhka­n lagi pertumbuha­n kehadiran kami di Sabah dan Sarawak, selain selari dengan komitmen kami untuk membuka sekurang-kurangnya lima cawangan di Malaysia bagi setiap tahun kewangan baharu.

“Sebagai peneraju peruncitan produk elektrik, IT dan perabot, COURTS kekal komited untuk menawarkan pelbagai barangan terbaik dan berkualiti kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu, semalam.

Tawar promosi pembukaan

Posthumus berkata, keduadua cawangan baharu itu menawarkan sebanyak 1,250 produk dengan harga berpatutan yang boleh dimiliki menerusi COURTS Price Promise dan COURTS Flexicredi­t.

Katanya, COURTS turut menawarkan perkhidmat­an selepas jualan menerusi Dr Digital di COURTS Keningau yang akan membantu dalam penjagaan dan memanjangk­an hayat produk telefon bimbit serta IT pelanggan.

“Bagi meraikan pembukaan COURTS Keningau dan Semporna, COURTS menawarkan promosi pembukaan bermula dari harga serendah RM1 dan diskaun sehingga 80 peratus berbanding harga biasa bermula semalam (kelmarin) hingga 2 Ogos ini.

“Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah, selain menikmati diskaun tambahan bagi barangan terpilih,” katanya.

 ??  ?? Pembukaan COURTS di Semporna.
Pembukaan COURTS di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia