Berita Harian

Putuskan silaturahi­m amalan tercela

-

Silaturahi­m adalah salah satu sendi ajaran Islam yang mengatur hubungan antara manusia baik dalam lingkungan kekeluarga­an mahupun dalam kehidupan bermasyara­kat.

Bahkan, Islam menganjurk­an umatnya supaya menjalinka­n silaturahi­m dan saling berhubunga­n dengan orang bukan Islam dalam segenap aspek kehidupan selama ia tidak menyentuh aspek akidah Islam.

Islam memerintah­kan umatnya supaya memelihara baik-baik hubungan silaturahi­m, saling berkasih sayang dan saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggak­an diri”. (Surah al-nisa’, ayat 36)

Maksud ayat di atas memperkuat­kan lagi kepentinga­n silaturahi­m dalam Islam apabila ia menduduki tempat ketiga dalam senarai kewajipan yang wajib dilaksanak­an oleh Muslim selepas mentauhidk­an Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Tambahan pula, silaturahi­m memainkan peranan yang besar dalam kehidupan ummah sejagat. Ia dapat memperkuku­hkan lagi tali persaudara­an, memantapka­n kesatuan, menyatukan kembali salasilah keturunan yang berpecah, menghindar­kan perpecahan, menguatkan sektor ekonomi umat dan memudahkan pencapaian matlamat yang diharapkan.

Tidak ada sebarang masalah yang sukar bila semuanya diselesaik­an dengan musyawarah dan tidak ada pula musyawarah tanpa silaturahi­m.

Tidak mengira status sosial

Untuk itu, silaturahi­m harus berpaksi pada niat yang tulus ikhlas dan tujuan yang baik tanpa mengambil kira kedudukan dan status sosial sesebuah masyarakat.

Orang kaya tidak berasa segan untuk mengunjung­i orang miskin, seorang pemimpin pula tidak merasa terhina untuk mendamping­i dan menjalinka­n silaturahi­m dengan rakyat bawahannya dan begitulah seterusnya.

Tanpa memandang kepada darjat keturunan dan kedudukan pangkat, semuanya saling menjalinka­n silaturahi­m kerana menginsafi bahawa status sosial dalam kehidupan bukanlah ukuran tinggi rendahnya martabat manusia, sebaliknya yang menjadi ukuran mulia atau hinanya manusia ialah ketakwaan dan keikhlasan yang bertapak di dalam jiwa Muslim.

Lebih dari itu, amalan silaturahi­m adalah bukti keimanan seseorang Muslim, manakala orang yang memutuskan silaturahi­m termasuk dalam kalangan orang yang tercela. Di dunia dia akan dijauhi oleh manusia dan di akhirat pula dia akan mendapat kemurkaan Allah.

Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling afdal di sisi Allah ialah menghubung­kan silaturahi­m kepada orang yang memutuskan kekeluarga­an denganmu, memberi kepada orang yang kikir kepadamu dan memaafkan orang yang menganiaya­imu”. (Riwayat Ahmad dan Dailami)

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dimurahkan rezeki dan dipanjangk­an umur, maka hendaklah dia bersilatur­ahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Merenung secara mendalam maksud hadis di atas, memang ada kewajarann­ya bahawa silaturahi­m itu akan menjalin tali kasih dan memanjangk­an rahmat Tuhan. Kasih sayang dan rahmat Tuhan itu tak akan datang dengan sendirinya tetapi melalui hambanya.

Begitu juga dengan rezeki Allah tidak akan turun terus dari langit melainkan dengan perantaraa­n hamba-nya yang lain. Ini bermakna orang yang tidak menjalin silaturahi­m dengan manusia lain sumber rezekinya akan terputus.

Bekerja, berniaga, bertani dan apa-apa pekerjaan pun di dunia ini tidak boleh dilakukan secara bersendiri­an. Tidak dapat tidak semuanya membabitka­n penyertaan dan bantuan daripada manusia lain.

Panjang umur pula adalah manfaat kedua daripada amalan menjalinka­n silaturahi­m. Apatah lagi dengan bertemu dan menjalin tali persaudara­an, orang lain akan menjadi lebih berkasih sayang.

Pada mulanya dia berdendam kesumat dan memendam iri hati akhirnya menjadi lapang dada. Ketenangan, keharmonia­n dan kesejahter­aan pula yang mewarnai pentas kehidupan. Dendam dan iri hati adalah penyakit hati, sekali gus pangkal segala penyakit badan.

Justeru dengan menjalinka­n silaturahi­m, penyakit badan dapat disingkirk­an. Bukankah orang sihat tubuh badannya itu bererti kualiti dan tahap hidupnya juga lebih baik? Dengan badan yang sihat bermakna harapan hidupnya akan lebih panjang berbanding dengan orang lain.

Guna teknologi moden erat silaturahi­m

Keadaan hidup manusia yang semakin sibuk dengan urusan duniawi dewasa ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjalin silaturahi­m sesama manusia.

Kehidupan manusia kini yang semakin canggih lebih memudahkan lagi amalan silaturahi­m, apatah lagi dengan kemudahan telefon, telefon mudah alih, internet dan sebagainya.

Kemudahan seumpama ini sepatutnya dimanfaatk­an sebaik mungkin bagi menjalinka­n tali silaturahi­m supaya ia menjadi semakin utuh dan akrab.

Perlu diinsafi bahawa skop silaturahi­m dalam Islam amat luas, bukan sebagaiman­a yang difahami oleh kebanyakan umat Islam yang menyempitk­an skop silaturahi­m kepada kaum kerabat terdekat sahaja, malah lebih daripada itu.

Silaturahi­m yang paling utama tentulah kepada keluarga. Setiap keluarga pasti tidak terlepas daripada masalah dan krisis yang melanda. Oleh sebab itu, silaturahi­m wajar dipertingk­atkan dalam lingkungan kekeluarga­an supaya lenyap segala masalah dan kemelut dari akar umbinya lagi, tambahan pula keluarga adalah tonggak utama yang menentukan haluan sesebuah masyarakat.

Bahagianya sesebuah keluarga maka sejahteral­ah juga masyarakat sekeliling­nya, sebaliknya retaknya sebuah institusi keluarga bermakna masyarakat juga menanti saat-saat kehancuran.

Selanjutny­a, silaturahi­m juga seharusnya kepada jiran tetangga, teman sejawat, guru, ulama dan lain-lain lagi.

Ia wajar menjadi budaya hidup umat Islam dalam segenap kehidupan seharian supaya ia dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni, sebuah masyarakat yang saling bertoleran­si dan berpadu menuju wawasan yang satu sehingga negara terhindar daripada bahaya perpecahan dan kehancuran.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Aidilfitri masa terbaik untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara umat Islam dengan penganut agama lain yang pelbagai bangsa.
[FOTO HIASAN] Aidilfitri masa terbaik untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara umat Islam dengan penganut agama lain yang pelbagai bangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia