Berita Harian

Spieth tamatkan badi pusingan pertama

-

Southport, United Kingdom: Jordan Spieth menamatkan badi gagal melepasi catatan bawah par pada pusingan pertama dalam lima kejohanan utama dengan kedudukan selesa di kejohanan golf Terbuka British, kelmarin.

Spieth mempamerka­n aksi terbaik di kejohanan utama apabila berkongsi kedudukan selaku pendahulu bersama Brooks Koepka dan Matt Kuchar dari Amerika Syarikat (AS) di pusingan pertama.

Trio pemain ini merekodkan lima bawah par 65 di Royal Birkdale dan mendahului dengan kelebihan satu pukulan ke atas Paul Casey dan bekas juara Afrika Selatan, Charl Schwartzel.

Saingan di pusingan pertama begitu sengit terutama bagi kelompok pemain teratas - yang sedikit bergelut dengan keadaan cuaca serta tiupan angin dari Laut Irish pada awal pagi menyaksika­n mereka gagal melakukan catatan pukulan yang baik.

Lima birdie

Beberapa nama besar yang menjadi saingan utama Spieth termasuk Rory Mcilroy dan pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson agak tenggelam dalam saingan apabila melakukan satu atas par.

Spieth, pemain ketiga dunia, berjaya mengelakka­n keadaan cuaca yang agak ekstrim di sesi pagi dengan melakukan lima birdie.

“Apa yang saya lakukan hari ini belum cukup baik,” katanya yang gagal menterjema­hkan putt kepada birdie di lubang ke-18.

“Semuanya begitu mencabar. Saya perlu pastikan prestasi ini konsisten,”

Juara Masters dan Terbuka AS 2015 ini kini gembira kerana berjaya melepasi halangan gagal mengatasi catatan bawah par dalam lima penampilan terakhir sebelum beraksi di lapangan barat daya Britain, minggu ini.

 ??  ?? Spieth melakukan birdie pada lubang ke-11, bogey di lubang ke-16 sebelum merekodkan eagle par lima di lubang ke-17.
Spieth melakukan birdie pada lubang ke-11, bogey di lubang ke-16 sebelum merekodkan eagle par lima di lubang ke-17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia