Berita Harian

DOKTOR KITA DAPAT PENGIKTIRA­FAN DUNIA

Pakar pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin terima anugerah Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Pakar kanak-kanak, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) di Istana Dolmabahce, Istanbul, Turki, kelmarin.

Anugerah berkenaan disampaika­n Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sebagai pengiktira­fan sumbangan kemanusiaa­n beliau terhadap program kesihatan dan kesejahter­aan manusia sejagat.

Antara program dilaksanak­an Dr Musa adalah membantu merawat masyarakat yang kurang akses perubatan seperti Orang Asli, pelarian dan pendatang tanpa izin.

FIMA adalah badan induk Persatuan Perubatan Islam yang meliputi 41 negara dengan rekod prestasi yang kukuh dalam pelbagai projek kesihatan amal di seluruh dunia.

Dr Musa adalah ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM). IMAM adalah rakan tempatan FIMA.

Komitmen anggota IMAM

Mengulas pengiktira­fan itu, Dr Musa berkata, kejayaan bukan dicapai seorang diri, sebaliknya atas komitmen kepemimpin­an dan anggota IMAM serta pihak yang membantu program dilaksanak­annya.

“Dengan rendah diri saya menerima anugerah ini, tetapi saya percaya penghargaa­n sebenar adalah kepada semua pihak yang membantu menjayakan program IMAM dan FIMA. Kejayaan ini adalah milik bersama,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n oleh IMAM.

Dalam kenyataan yang sama, Presiden IMAM, Dr Jeffrey Abu Hassan, berkata antara usaha Dr Musa menerusi IMAM adalah pembinaan pusat rawatan air dengan kos efektif dan cekap menggunaka­n tenaga solar di penempatan Orang Asli di Ulu Tiram, Johor dan Dabong, Kelantan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementeria­n Kesihatan.

Sediakan air bersih

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program FIMA yang bertujuan menyediaka­n air yang selamat dan bersih ke kawasan penempatan penduduk yang kurang mendapat bekalan air di dunia,” katanya.

Dr Jeffrey berkata, pada peringkat antarabang­sa Dr Musa terkenal dengan usaha memperjuan­gkan hak asasi rakyat Palestin untuk keadilan, keamanan dan merdeka melalui gerakan pertubuhan bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM).

Pada peringkat kebangsaan pula, katanya, Dr Musa terbabit dalam program kebajikan dan kesihatan untuk kanak-kanak di Malaysia dan rantau ini.

“Ini membolehka­n beliau dinobatkan penerima Anugerah Pediatrik Asia Cemerlang oleh Persatuan Pediatrik Asia Pasifik pada 2012. Kejayaan berterusan beliau amat membanggak­an IMAM,” katanya.

Dengan rendah diri saya menerima anugerah ini, tetapi saya percaya penghargaa­n sebenar adalah kepada semua pihak yang membantu menjayakan program IMAM dan FIMA. Kejayaan ini adalah milik bersama” Dr Musa Mohd Nordin, Pakar kanak-kanak

 ??  ??
 ??  ?? Dr Musa menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) daripada Erdogan di Istana Dolmabahce, Istanbul, kelmarin.
Dr Musa menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) daripada Erdogan di Istana Dolmabahce, Istanbul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia