Berita Harian

‘Ambil peluang insentif ditawar FELDA’

Peneroka ada masalah diminta kembali bermuafaka­t

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Peluang yang diberikan kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan menyaman FELDA untuk kembali bermuafaka­t bersama organisasi itu, harus diambil golongan terbabit, bagi membolehka­n mereka menikmati insentif ditawarkan FELDA.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, berkata 15 peratus daripada keseluruha­n peneroka tidak mahu menjual hasil mereka kepada FELDA kini dengan alasan enggan melunaskan hutang yang diberikan organisasi terbabit.

“Apa yang diumumkan kerajaan hari ini (semalam) adalah satu usaha yang jarang ditimbulka­n manamana pihak iaitu bagi memberikan peluang untuk mereka kembali bermuafaka­t bersama FELDA.

“Mereka boleh lihat banyak manfaat dan keuntungan yang diberikan FELDA jika kembali bermuafaka­t dengan kita,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini, semalam.

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n FELDA akan memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan peneroka yang menyaman FELDA untuk kembali bermuafaka­t bersama organisasi itu.

Menurut Perdana Menteri, waktu kembali bermuafaka­t adalah tempoh enam bulan bermula bulan depan dan memenuhi syarat yang ditetapkan FELDA.

Ikrar utama integriti

Shahrir yang menerajui FELDA sejak tujuh bulan lalu turut berikrar menjadikan nilai integriti dan semangat dalam menjalanka­n urus tadbir kerja sebagai pemangkin kejayaan organisasi itu.

“Kebanyakan daripada peneroka ini mahu melihat organisasi bekerja dengan efisien, menjalanka­n tugas dengan baik dan berintergr­iti. Bagaimanap­un, ada sebahagian peneroka yang tidak bersama FELDA ini tidak bersikap secara adil mahupun mempunyai integriti dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata pengumuman Perdana Menteri berhubung insentif tanam semula sudah lama ditunggu peneroka dan menjadi langkah berkesan untuk terus memantapka­n sektor komoditi negara.

Katanya, ketika ini, majoriti tanaman sawit dan getah diusahakan peneroka FELDA sudah berusia lanjut yang menyebabka­n produktivi­ti serta kualiti buah dan getah yang diperoleh tidak dapat dimaksimum­kan.

“Insentif diumumkan Perdana Menteri bukan sahaja dapat meringanka­n bebanan peneroka, malah meningkatk­an kualiti tanaman peneroka pada masa hadapan, terutama tanaman komoditi seperti sawit dan getah,” katanya.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan, pula berkata kelulusan membina lebih satu unit rumah di atas satu tapak di tanah rancangan FELDA dikemukaka­n pada Dialog Transforma­si Nasional (TN50) Aspirasi Warga FELDA kelmarin dan mendapat persetujua­n Perdana Menteri, sekali gus diumumkan pada Hari Peneroka FELDA 2017, semalam.

Katanya, sebelum ini anak peneroka tidak dibenarkan membina rumah di kawasan tanah rancangan itu yang menyukarka­n mereka sudah berkeluarg­a untuk memulakan kehidupan baharu di rumah sendiri.

Pengumuman itu adalah khabar gembira dan tiada ucapan dapat diberikan, selain terima kasih kepada kerajaan yang tidak pernah lupakan jasa peneroka” Samsudin Othman, Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan Apa yang penting generasi kedua perlu jaga elokelok ‘harta’ diberikan. Jangan cepat terpengaru­h dengan cerita yang tidak betul” Mawi, Penyanyi kelahiran FELDA Taib Andak Generasi kedua alu-alukan keputusan Perdana Menteri benar bina rumah kedua di tapak lot rumah sedia ada” Datuk Abdullah Abu Bakar, Presiden Alumni Majlis Belia FELDA Malaysia Terima kasih akhirnya rintihan kami didengar dan diberi perhatian serius kerajaan memadangka­n kenaikan kos sara hidup ketika ini” Saharuddin Lela, Ketua Peneroka FELDA Jengka 6

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia