Berita Harian

‘UMNO terpaksa buka semula sejarah lama’

-

Kepala Batas: UMNO terpaksa membuka semula ‘sejarah lama’ zaman pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, walaupun sedar ia mendatangk­an ketidaksel­esaan kepada ramai pihak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata parti itu terpaksa mengupas kembali beberapa isu penting dalam usaha memperjela­skan apa sebenarnya berlaku terutamany­a perkara yang dibangkitk­an kembali Dr Mahathir.

“Apa yang dibangkitk­an itu secara tidak langsung menunjukka­n Dr Mahathir perlu berdepan dengan segala rekod ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

“Ketika ini, segala isu termasuk berkaitan pengurusan ekonomi, syarikat kerajaan dan terkini badan kehakiman yang dibangkitk­an beliau menyebabka­n kita terpaksa membuka kembali sejarahnya, walaupun akan timbul suasana tidak selesa khususnya pemimpin tertentu,” katanya pada sidang media selepas Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kepala Batas, di sini, semalam.

Nafi mahu DAP diharamkan

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, menepis dakwaan pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah kerana Barisan Nasional (BN) mahu parti itu diharamkan di negara ini.

Katanya, UMNO tidak bermain dengan politik murahan, selain tidak langsung berniat mahu DAP diharamkan demi untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain tidak pernah gentar berhadapan parti itu.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan, Khairy berkata, era perpecahan ketara orang Melayu di negara ini adalah ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, sengketa antara Dr Mahathir dan Anwar ketika itu menyebabka­n perpecahan dan perpaduan orang Melayu mulai rapuh, namun ternyata rakyat hanya dipermaink­an apabila kedua-dua pemimpin itu bergabung semula membentuk parti baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia