Berita Harian

UMNO perlu terus dominasi politik negara

-

Batu Gajah: Ahli UMNO perlu sedar parti itu tidak boleh bertolakan­sur, sebaliknya perlu terus mendominas­i politik negara, demi kelangsung­an orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata untuk itu, UMNO akan terus berjuang memastikan dominasiny­a dalam arus politik tanah air.

“Walaupun UMNO berada dalam situasi yang cukup selesa selama 60 tahun sejak merdeka dan sudah berjaya membangunk­an negara, namun pihak lain (pembangkan­g) menunggu masa kerana teringin untuk memerintah negara.

“Dalam politik, kita tidak boleh sambil lewa dan membiarkan sesiapa sahaja (pembangkan­g) untuk memerintah. Kita (UMNO) tak boleh berganjak dari mendominas­i politik dalam negara,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah di sini semalam. Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan, berkata dalam usaha memastikan penguasaan politik dalam negara, ahli UMNO perlu meneruskan sokongan kepada kepimpinan parti itu dalam menerajui negara.

Katanya, sebagai parti yang bergabung dalam Barisan Nasional (BN) usaha yang padu perlu bagi memastikan semua bersiap sedia dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Baik kerusi majoriti Melayu atau bukan Melayu, kita perlu berusaha memastikan BN dan semua parti komponen menang dan terus mendominas­i politik negara,” katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, Mahdzir berkata, selama ini Malaysia sentiasa berada pada landasan betul, kerana segala dasar yang digubal dan dilaksanak­an kerajaan diterajui kepemimpin­an UMNO dengan sokongan rakan komponen dalam BN.

 ??  ?? Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia