Berita Harian

PAS tuntut semula kerusi Permatang Pauh

Parti nilai kembali kawasan berpotensi di Pulau Pinang

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@bh.com.my

PAS sedang menilai semua kerusi berpotensi termasuk kawasan majoriti kaum Cina di Pulau Pinang, untuk diletakkan calonnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu termasuk meletak calon di Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR, dibuat berikutan terputusny­a tahaluf siyasi di antara dua parti terbabit.

Beliau berkata, PAS bersedia berdepan dengan DAP, PKR serta sekutu mereka dalam pakatan pembangkan­g, sama ada bertanding tiga penjuru atau lebih.

“Kita masih membuat kajian, selain kerusi tradisi, kita juga melihat kerusi DAP dan PKR. Kalau ada kawasan berpotensi, kita tetap akan bertanding, tidak kira mana-mana kawasan termasuk Permatang Pauh.

Kini bebas bertanding

“PAS sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dan tidak terikat dengan sesiapa. Kalau dulu (ketika dalam pakatan pembangkan­g) kita mempunyai perjanjian, namun sekarang kita bebas untuk bertanding di mana saja dan sebanyak kerusi yang mahu.

“Kita tetap lawan sama ada tiga kerusi atau lebih, kekalahan adalah perkara nombor dua, yang penting kita lawan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Kemuncak Program Ijtima’ Antarabang­sa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 di Stadium Muhammad IV, di sini, malam kelmarin.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata program ijtima’ itu adalah antara usaha bagi menghimpun­kan umat Islam dari seluruh dunia tanpa perbezaan politik bagi menumpukan isu membabitka­n kepentinga­n ummah terutama keganasan rejim Zionis di Palestin, bukannya untuk mendapatka­n sokongan pada PRU-14.

Beliau berkata, Kelantan menjadi tuan rumah buat julung kalinya program peringkat antarabang­sa itu yang tiada langsung kaitannya dengan PRU-14.

“Dalam konteks Kelantan, bukannya bermaksud mempertaha­nkan kerajaan negeri pada PRU-14 ini, tapi mahu pertahanka­n kerajaan Islam yang berlawan dengan Yahudi dan musuh Islam yang lain.

“Dalam soal PRU-14, kita yakin bahawa rakyat masih bersama dengan PAS bagi pertahanka­n pemerintah­an di negeri ini. Jadi tiada kaitan dengan program ijtima’ bagi mendapatka­n sokongan rakyat sematamata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia