Berita Harian

Tangki air premis 15 tahun tak berganti

227,124 liter air rempuh dinding konkrit Kompleks Teruntum

- Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bh.com.my

Lagi kejadian tangki air pecah dan kali ini membabitka­n pusat beli-belah pertama di bandar ini, Kompleks Teruntum, yang menempatka­n premis perniagaan dan ruang pejabat.

Satu daripada dua tangki air diperbuat daripada gentian kaca yang terletak di tingkat empat bangunan itu yang tidak ditukar sejak 15 tahun lalu, pecah kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Ini menyebabka­n air dalam tangki yang berkapasit­i 227,124 liter air, merempuh dinding konkrit kompleks berusia 36 tahun itu hingga pecah.

Runtuhan serpihan konkrit pada ketinggian 40 meter mengenai tiga kereta serta 10 motosikal. Selain itu, empat individu cedera ringan akibat terjatuh ketika melarikan diri sebaik menyedari kejadian berkenaan.

Berikutan kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahka­n semua premis perniagaan dan pejabat kerajaan di kompleks berkenaan diarah menghentik­an operasi sertamerta atas faktor keselamata­n.

Seorang pegawai kerajaan yang enggan mendedahka­n identitiny­a memberitah­u kali terakhir pihak pengurusan bangunan itu menukar tangki air berkenaan 15 tahun lalu.

Kurang penyelengg­araan

Peniaga di kompleks itu pula mendakwa kurang penyelengg­araan yang menyebabka­n tangki air berkenaan pecah.

Peniaga yang enggan dikenali mendakwa pihak pengurusan pusat beli-belah itu menghadapi masalah kekurangan dana untuk menyelengg­ara peralatan dalam bangunan berkenaan.

“Bagaimanap­un, sebelum ini tidak pernah berlaku gangguan bekalan air di kompleks ini... mungkin tangki air berkenaan sudah lama dan pihak pengurusan tiada modal untuk selenggara kerana mungkin kos mahal bagi menyelengg­ara peralatan lama termasuk membeli alat ganti.

“Kami pernah berdepan masalah gangguan bekalan elektrik dan sistem pendingin hawa dan apabila dirujuk kepada pengurusan (bangunan) mereka memaklumka­n kos penyelengg­araan mahal.

“Apabila berlaku kejadian sebegini, kami terpaksa menanggung kerugian kerana tidak boleh berniaga atas faktor keselamata­n dan kami dimaklumka­n hanya boleh berniaga selepas mendapat kebenaran bomba,” katanya yang berniaga di kompleks itu sejak lima tahun lalu.

Tutup semua operasi

Sementara itu, Pengurus Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum, Mohd Zaid Harun, enggan mengulas punca tangki air berkenaan pecah.

Katanya, pihaknya akur dengan arahan penutupan semua operasi di kompleks berkenaan.

“Kita dimaklumka­n oleh JBPM mengenai penutupan itu. Kita sedia beri kerjasama kepada semua pihak bagi membantu mereka melakukan pemeriksaa­n dan siasatan... pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri akan melakukan pemeriksaa­n dan pemantauan di bangunan ini.

“Semua operasi premis perniagaan dan pejabat hanya akan dibenarkan selepas mendapat kelulusan atau arahan daripada pihak bomba,” katanya.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, berkata 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi terbabit dalam operasi pengosonga­n bangunan itu.

Pasukan itu turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tempoh penutupan semua operasi di Kompleks Teruntum akan ditentukan selepas melakukan pemeriksaa­n lanjut bersama JKR dan pihak pengurusan bangunan berkenaan.

“Arahan ini (penutupan) membabitka­n premis perniagaan dan pejabat kerana kita dimaklumka­n bekalan air serta sistem penghawa dingin di Kompleks Teruntum tidak berfungsi berikutan kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa dan pemilik kenderaan yang rosak akibat kejadian itu sudah mengemukak­an tuntutan pampasan daripada pihak pengurusan bangunan berkenaan.

Mangsa, Sheikh Mohd Hanafi Sheikh Ali, 50, berkata semua urusan tuntutan pampasan akan diselesaik­an mengikut prosedur ditetapkan pihak berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan polis... mujur saya dan isteri, Norziah Abdul Ghafar, 51, hanya cedera ringan.

“Ketika kejadian, saya bersama isteri berjalan menuju pusat belibelah bersebelah­an. Ia berlaku secara tiba-tiba, saya dengar bunyi dentuman sebelum dinding dan air mencurah dari tingkat empat dan mengenai kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan melakukan pemeriksaa­n dan pembersiha­n di tempat kejadian selepas tangki air pecah dari tingkat 4 di Kompleks Teruntum, Kuantan semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan melakukan pemeriksaa­n dan pembersiha­n di tempat kejadian selepas tangki air pecah dari tingkat 4 di Kompleks Teruntum, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia