Berita Harian

Kes tangki air pecah di seluruh negara

-

3 May 2017 Sebahagian dinding Pangsapuri Cheras Utama di Jalan CU4A, Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur runtuh selepas tangki air bangunan itu pecah. Runtuhan konkrit menghempap sebuah kereta dan motosikal tetapi tiada penghuni cedera.

19 April 2017 Seorang lelaki nyaris maut apabila rumahnya dihempap serpihan tangki gentian kaca berkapasit­i 16,000 liter yang terletak di tingkat 11 Pangsapuri Sri Nipah, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, pecah.

29 Ogos 2015 Dua rumah di Kampung Terus Teritip, Kuala Perlis, Perlis, rosak ditimpa serpihan besi dan air selepas satu daripada dua tangki air bersebelah­an Lebuhraya Kuala PerlisChan­glun yang membekalka­n air kepada penduduk Kuala Perlis, pecah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

20 September 2012 Enam unit rumah di Apartmen Melur, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur digenangi air pada paras buku lali selepas tangki air di tingkat atas apartmen 24 tingkat itu pecah yang menyebabka­n saluran air tidak dapat menampung tekanan air yang kuat hingga air terpancut keluar di enam unit rumah itu.

14 Julai 2012 Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Paka, Terengganu, pecah dan hampir mencederak­an jemaah yang dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat di masjid berhampira­n.

16 September 2010 Kira-kira 300 penduduk Pangsapuri Larkin Indah, Larkin, Johor, mengalami gangguan bekalan air apabila tangki air di blok A pangsapuri itu pecah dan menyebabka­n kerosakan pangsapuri berkenaan.

19 November 1993 Dua orang maut dan 18 cedera apabila air pecah di bumbung rumah pangsa 16 tingkat di Bukit Cagar, Johor Bahru. Mohd Suhaimi Md Taib, 19, dan Mohd Nor Ridwan Ahmad Rozi, 6, terkorban ditimpa air.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia