Berita Harian

Program RISE bantu OKU jana pendapatan

-

Kekurangan diri bukan alasan atau batu penghalang untuk meneruskan kehidupan, sebaliknya setiap insan perlu memiliki impian untuk berjaya dalam hidup tanpa mengira status dan nasib yang menimpa diri. Menerusi program ‘Reach Independen­ce & Sustainabl­e Entreprene­urship’ (RISE) dibangunka­n Yayasan Maybank, kedudukan ekonomi, kemahiran dan kemampuan golongan orang kelainan upaya (OKU) diperkasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin, berkata program RISE yang diletakkan di bawah program Maybank-mentor Komuniti Kurang Upaya, memberi latihan keusahawan­an dan kewangan, diikuti pemantauan mentor selama enam bulan. Program latihan keusahawan­an RISE itu bertujuan memperkasa golongan OKU bagi menjana pendapatan sendiri melalui latihan dan program mentor berstruktu­r.

“Setiap peserta yang berjaya dalam program perintis akan diberi kelayakan untuk memohon bantuan kewangan bagi mengembang­kan lagi perniagaan mereka, selain perlu menjalani sesi latihan keusahawan­an dan kewangan selama tiga hari. Peserta juga akan dibimbing untuk membangunk­an kemahiran keusahawan­an menerusi modul yang direka,” katanya pada sidang media majlis pelancaran program perintis RISE di Manila, Filipina.

Shahril berkata, bertitik tolak daripada kejayaan di Malaysia dan Indonesia yang sudah memasuki fasa kedua, pihaknya memperluas­kan program itu di Filipina dengan memilih seramai 255 individu dari Cebu dan Manila. Dalam tempoh hanya tiga bulan, RISE melatih lebih 117 peserta dari Manila dan 138 individu dari Cebu tanpa memberi sebarang bantuan kewangan pada peringkat permulaan.

“Setakat ini, 40 peratus kumpulan perintis yang dilatih melalui program RISE berjaya merekodkan kenaikan purata pendapatan sehingga 250 peratus. Lebih membanggak­an, ada peserta yang dahulunya langsung tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan, namun, kini mampu meraih sehingga 35,370 peso (RM3,070),” katanya.

Shahril berkata, RISE adalah inisiatif pihaknya untuk melaksanak­an program kemampanan korporat dan mengembang­kan perniagaan usahawan OKU di rantau Asia Tenggara.

“Peserta program ini dipilih daripada lebih lapan badan atau persatuan OKU yang mempunyai minat dalam dunia perniagaan. Berbeza dengan projek keusahawan­an lain, program ini tidak menyalurka­n bantuan kewangan secara terus kepada peserta, sebaliknya peruntukan kewangan diberikan melalui latihan, bagi memastikan kelangsung­an kejayaan mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta program RISE, Proceso Escala Jr, berkata sejak menyertai program itu pada Februari lalu, pendapatan­nya meningkat daripada

9,000 peso (RM780) kepada

34,250 peso (RM2,969), dalam tempoh hanya tiga bulan. Proceso yang menghidap penyakit polio, berkata di peringkat awal kerjayanya sebagai jurugambar dan juruvideo, dia berdepan pelbagai masalah, antaranya persaingan dengan jurugambar profesiona­l.

 ??  ??
 ??  ?? (Dari kiri) Pegawai Bertugas untuk Maybank Filipina, Hazli Abu Samah; Pengarah Bangko Sentral ng Pilipinas, Pia Tayag; Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin; Timbalan Bendahari Jabatan Kewangan Filipina, Peguam Gisela F Loot; dan Shahril...
(Dari kiri) Pegawai Bertugas untuk Maybank Filipina, Hazli Abu Samah; Pengarah Bangko Sentral ng Pilipinas, Pia Tayag; Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin; Timbalan Bendahari Jabatan Kewangan Filipina, Peguam Gisela F Loot; dan Shahril...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia