Berita Harian

‘Arus elektrik mengalir dari kabel pencawang’

-

Kota Bharu: “Saya pernah melihat arus elektrik mengalir di kabel pencawang ketika membantu ibu berniaga," kata Nur Amirah Azhar.

Nur Amirah, 21, yang membantu ibunya, Nik Aminah Abdullah, 45, berniaga minuman di tapak pasar malam dan bazar Ramadan Kubang Kerian di sini, berkata kejadian itu sangat menakutkan­nya.

“Sejak kejadian itu, saya berasa takut dan bimbang namun kami masih berniaga minuman di sini. Saya berharap sangat agar pihak berkuasa dapat membantu peniaga berpindah ke lokasi lebih selamat sebelum perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Peniaga, Abd Salam Amir, 25, yang perniagaan­nya bersebelah­an dengan pencawang elektrik terbabit turut meluahkan rasa tidak selamat berniaga di situ.

“Saya terpaksa berniaga di sini kerana tiada pilihan kerana ini adalah punca rezeki kami sekeluarga.

“Walaupun menyedari akan bahaya yang boleh terjadi, saya hanya bertawakal dan berdoa supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya yang sudah dua tahun berniaga ayam madu di pasar malam itu dan juga bazar Ramadan.

Minta cari lokasi baharu

Seorang lagi peniaga, Soleha Karim, 36, turut bersetuju supaya pihak berkuasa mencari lokasi baharu supaya tidak mendatangk­an bahaya kepada semua peniaga dan pengunjung.

“Memanglah jika diikutkan, masih belum berlaku lagi kejadian membabitka­n nyawa akibat terkena renjatan elektrik tetapi tidak salah saya rasa jika kita bertindak awal sebelum ia terjadi.

“Saya pasti keadaan akan lebih merumitkan jika berlaku kecelakaan di sini. Jadi, kerjasama semua pihak sama ada pengurusan dan pihak berkuasa diperlukan bagi membantu membela nasib kami, peniaga di sini," katanya.

 ??  ?? Pencawang bervoltan tinggi yang terletak di tapak Pasar Malam Kubang Kerian boleh membahayak­an nyawa orang ramai.
Pencawang bervoltan tinggi yang terletak di tapak Pasar Malam Kubang Kerian boleh membahayak­an nyawa orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia