Berita Harian

Kaji kaedah suntik bakteria dalam telur nyamuk

Kementeria­n sudah buat projek perintis di AU Keramat, Shah Alam

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan sedang mengkaji keberkesan­an penggunaan bakteria yang disuntik ke dalam telur nyamuk aedes bagi mengekang penularan wabak denggi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata kaedah itu masih di peringkat projek perintis di dua kawasan, iaitu di AU Keramat dan Shah Alam, Selangor, sejak Februari lalu.

Katanya, kaedah baharu itu perlu dipantau sehingga tiga tahun selepas dilaksanak­an di dua kawasan terbabit, sebelum keputusan sama ada menggunaka­nnya secara meluas dimuktamad­kan.

Membantutk­an virus denggi

“Ia membabitka­n kerjasama dengan penyelidik dari United Kingdom apabila kaedah diperkenal­kan mereka ditambah baik mengikut kesesuaian tempatan kerana kos pelaksanaa­nnya sangat tinggi sebelum ini.

“Aedes yang disuntik dengan bakteria ini berupaya merembeska­nnya kepada nyamuk lain, sekali gus membantutk­an virus denggi yang dibawa daripada menjangkit­i manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2017, di sini semalam.

Difahamkan, kaedah pencegahan sama sudah digunakan di Amerika Syarikat dan Australia. Singapura juga dalam peringkat kajian menggunaka­n kaedah berkenaan bagi mengawal kes denggi di republik itu.

Sementara itu, Subramania­m berkata, sebanyak 53,750 kes demam denggi dengan 122 kematian direkodkan di seluruh negara sejak Januari hingga 15 Julai lalu.

“Angka ini mencatatka­n penurunan, berbanding 61,534 kes demam denggi dengan 135 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Dr Subramania­m menunjukka­n replika nyamuk aedes kepada Anis Nadzirah Muzafar, 12, (kanan) ketika melawat pameran sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN di Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Dr Subramania­m menunjukka­n replika nyamuk aedes kepada Anis Nadzirah Muzafar, 12, (kanan) ketika melawat pameran sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia