Berita Harian

Langkah betul mohon pinjaman

Bank ada kriteria diberi penekanan untuk setiap permohonan

-

Memperoleh kelulusan bank untuk permohonan pinjaman pembelian hartanah bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak sukar jika kita tahu proses yang betul dari awal.

Ramai bakal peminjam menyalahka­n bank sekiranya permohonan mereka gagal tanpa menyedari kesilapan sendiri apabila menyedia dan mengemukak­an borang permohonan.

Bank sememangny­a ada beberapa kriteria yang diberi penekanan untuk setiap permohonan pinjaman dan pemohon mesti bersedia mengemukak­an pakej lengkap jika ingin permohonan mendapat kelulusan tanpa masalah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas GM Training Academy, Miichael Yeoh akan membincang­kan langkah yang betul bagi mendapatka­n pinjaman bank.

Pengalaman dalam hartanah

Beliau yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam hartanah, gadai janji dan industri pelaburan, akan menyentuh beberapa langkah yang perlu diambil untuk memenuhi kehendak bank, iaitu:

• Apa yang bakal disemak bank apabila anda menyerahka­n pinjaman

• Bagaimana untuk mempersiap­kan diri dalam menyerahka­n pinjaman

• Apakah kesannya

• Peraturan terkini Bank Negara Malaysia

Beliau seorang daripada penceramah sesi taklimat hartanah, iaitu sebahagian pengisian Pameran Hartanah Myrumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Malaysia Bhd (NSTP) di pusat belibelah Aman Central, Alor Setar, Kedah, bulan depan.

Pameran hartanah bermula 4 hingga 6 Ogos dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu, menawarkan pelbagai projek perumahan dan komersial oleh beberapa pemaju hartanah terkenal di kawasan utara.

Ia yang akan menampilka­n 30 penceramah dan pakar hartanah pada sesi taklimat dan forum sepanjang tiga hari pameran, adalah platform terbaik untuk orang ramai mendapatka­n maklumat terkini tawaran dan pakej hartanah.

Antara topik yang akan diperbinca­ngkan ialah pasaran hartanah di Malaysia dan prospek hartanah sepanjang 2017, strategi, tips dan panduan untuk pelaburan dan penyewaan hartanah.

 ??  ??
 ??  ?? Miichael Yeoh
Miichael Yeoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia