Berita Harian

20,000 hadir Program Temuduga Terbuka SL1M

15,000 jawatan ditawar 43 syarikat seluruh negara

- Oleh Mohd Nazllie Zainul bhnews@bh.com.my

Kira-kira 20,000 berkunjung ke Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri ini yang berlangsun­g dua hari di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail, berkata pihaknya mensasarka­n 10,000 pengunjung, namun jumlah keseluruha­n yang hadir pada Sabtu dan Ahad lalu adalah di luar jangkaan.

“Kita menerima kira-kira 20,000 pengunjung dan ia seiring dengan sekitar 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 43 syarikat dari seluruh negara pada program ini.

Dapat sambutan

“Kita gembira kerana program ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada pengunjung khususnya rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sabah adalah lokasi kelima program SL1M tahun ini dan akan disusuli dua lagi lokasi, iaitu Melaka pada Ogos serta Perak pada September.

Selain temuduga terbuka, pengunjung juga boleh melihat pameran kerja, ceramah kerjaya dan persembaha­n selebriti termasuk Faizal Tahir, Firman dan kumpulan Zero.

Dapat surat tawaran

Norashikin berkata, kira-kira 120,000 graduan berjaya mendapatka­n pekerjaan menerusi SL1M setakat ini, termasuk 1,407 anak Sabah.

Sementara itu, Augustina Chang Mei Xin, 26, dari Keningau, bersyukur kerana terus mendapat surat tawaran mengikuti latihan di bawah PETRONAS menerusi temuduga terbuka pada program berkenaan.

“Saya menaiki bas dua jam setengah perjalanan untuk ke Kota Kinabalu.

“Sebelum ini, saya hanya membantu ibu bapa menguruska­n kedai runcit kami di kampung.

“Apabila tahu mengenai temu duga ini, saya mahu mencuba nasib dan tak sangka percubaan dan pengorbana­n saya membuahkan hasil,” katanya yang juga lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UMS.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Pengunjung membanjiri Program Temuduga Terbuka SL1M pada hari kedua di Dewan Canselor UMS di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Pengunjung membanjiri Program Temuduga Terbuka SL1M pada hari kedua di Dewan Canselor UMS di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia