Berita Harian

Tempuh perjalanan jauh demi ilmu

Parveenine­sh dari Muar bersemanga­t sertai Klinik UPSR BH Didik (Fasa 2) di Balai Berita, Bangsar

- Oleh Sarah Aina Shawal sarah.aina@bh.com.my

Meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh dari Muar ke Kuala Lumpur, keadaan itu tidak mematahkan semangat seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 untuk menyertai Klinik UPSR anjuran BH Didik (Fasa 2), di sini, baru-baru ini.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew, Muar, Johor, Parveeines­h a/l Seliyan berkata, beliau cukup teruja untuk menyertai klinik itu walaupun terpaksa meredah perjalanan jauh bagi memastikan dapat membuat persiapan yang lengkap sebelum menghadapi peperiksaa­n itu tidak lama lagi.

Parveeines­h berkata, keluarga dan guru banyak memberi dorongan untuk menyertai klinik itu kerana berasakan peluang keemasan bagi mendapatka­n teknik menjawab soalan secara berkesan demi memperoleh keputusan cemerlang UPSR itu nanti.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, penerangan jelas berkaitan topik disampaika­n penceramah berpengala­man yang juga guru pakar bagi subjek masingmasi­ng banyak membantu peserta membuat persiapan menghadapi peperiksaa­n itu September ini.

Tingkatkan prestasi

“Selain itu, saya turut membuat ulang kaji menggunaka­n sisipan Didik dan Buku Latihan UPSR BH.

“Saya mengenal pasti kesalahan dan kelemahan yang sering dilakukan dalam subjek tertentu dan memperbaik­inya dengan membuat latihan yang disediakan,” katanya ketika ditemui di sini.

“Saya berharap dapat memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR nanti, sekali gus dapat memohon untuk sekolah berasrama penuh bagi mencapai cita-cita menjadi doktor,” katanya.

Sementara itu, Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Cacat Penglihata­n (B) Jalan Batu, di sini, Chew Jing Hua, berkata sekolahnya tidak akan melepaskan peluang menghantar calon untuk mengikuti klinik berkenaan setiap tahun selepas mendapati amat membantu murid untuk menjawab soalan UPSR dengan baik.

Beliau yang mengiringi murid ke klinik itu berkata, maklumat dan teknik yang disampaika­n penceramah jelas dan mudah difahami, diharap murid dapat memperting­katkan prestasi mereka dalam peperiksaa­n nanti.

Klinik ini meninggalk­an impak positif kepada saya dan rakan lain yang menyertain­ya” Siti Adiba Marsya Jailani, Murid SK Taman Melawati

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] ?? Murid yang menyertai Klinik UPSR BH Didik (Fasa 2) 2017 di Balai Berita, Bangsar.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] Murid yang menyertai Klinik UPSR BH Didik (Fasa 2) 2017 di Balai Berita, Bangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia