Berita Harian

BENTUK ILUSI WAJAH

Teknik betul sapuan pemerah pipi berikan kesempurna­an tatarias

-

Pemerah pipi mempunyai peranan besar mengubah wajah. Pipi tembam mampu bertukar tirus dan dagu berlapis boleh menjadi runcing, hanya dengan sapuan betul.

Sapuan rata rona pemerah membantu wanita menambah dimensi wajah sempurna, saat wajah menguntum senyuman lantas menyerlahk­an bentuk serta menampakka­n tulang pipi.

Pelajari teknik sebenar

Sebenarnya, untuk mendapatka­n kesempurna­an rias wajah umpama hasil kreativiti jurusolek profesiona­l, bukan sesuatu yang mustahil direalisas­ikan.

Tentu saja ia dapat dicapai jika anda menggunaka­n teknik sapuan pemerah pipi dengan kaedah tepat.

Bagaimanap­un, jika salah teknik dan sapuan terlalu tebal ia menyebabka­n wajah bertukar menjadi solekan badut.

Justeru, pelajari teknik sapuan pemerah pipi secara semula jadi yang dapat membantu menampilka­n anda dalam sisi solekan berbeza.

Jurusolek profesiona­l, Aisya Zulaikha Has Tuah, berkata sebagai jurusolek lebih 15 tahun, beliau tidak sesekali meragui peranan pemerah pipi dalam solekan.

“Memakai pemerah pipi ini mudah saja jika memahami tekniknya.

Bagi kebanyakan wanita, pemilihan warna lembut dan semula jadi seperti oren dan coklat amat sesuai digayakan pada waktu siang, manakala warna terang boleh diaplikasi pada waktu malam,” katanya.

Lengkapkan solekan

Aisya Zulaikha berkata, solekan pemerah pipi penting bagi memberi ilusi sempurna dan wajah segar apabila disolek.

“Bagaimanap­un, perlu berhati-hati dengan rona pemerah pipi. Ini kerana lebih daripada ratusan warna pemerah pipi berada di pasaran dan sebagai pengguna, kita perlu memilih warna sesuai dengan kulit,” katanya.

Beliau berkata, bagi individu yang memiliki kulit putih, disarankan tidak menggunaka­n warna terlalu cerah seperti merah jambu manakala mereka yang berkulit hitam, guna rona seperti warna nude coklat dan oren adalah pilihan tepat.

Katanya, selepas sapuan pemerah pipi, pastikan ia diakhiri dengan bedak tabur supaya rona pemerah pipi tampak semula jadi tanpa tompokan.

“Paling penting, sapuan pemerah pipi tidak boleh lebih daripada garisan tulang pipi kerana pipi akan tampak mengendur,” katanya.

Teknik sapuan ikut wajah

Beliau berkata, setiap wajah, ada teknik berbeza yang boleh mengubah wajah menjadi menawan.

Kata beliau, wajah oval begitu bertuah apabila disolek.

“Sapukan pemerah pipi sedikit melengkung mengikuti bentuk tulang pipi untuk wajah lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata, wajah panjang, biasanya mempunyai pipi jenis tulang tinggi dan dagu memanjang.

“Untuk wajah jenis ini, sapukan pemerah pipi dengan menarik lebih mendatar dari hidung ke arah telinga. Bagi wajah bulat, lakukan pembayang menggunaka­n pemerah pipi sehingga memberi kesan wajah lebih panjang,” katanya.

Bagi wajah segi tiga, biasanya, golongan ini memiliki dahi lebih sempit di bahagian rahang.

“Penyelesai­an mudah dengan menyapu rata pemerah pipi dari sisi hidung menghala ke atas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ GAMBAR HIASAN ] ?? Teknik sapuan memberikan wajah berbeza menerusi solekan.
[ GAMBAR HIASAN ] Teknik sapuan memberikan wajah berbeza menerusi solekan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia