Berita Harian

ORANG MUDA

Penulis kongsi rahsia status viral di laman sosial

-

Bapa Viral Kebangsaan, mungkin itulah jolokan yang diberikan terhadap Khairul Hakimin Muhammad berikutan keaktifann­ya berkongsi cerita, resipi dan pandangan di laman sosial Facebook.

Selain memegang status sebagai ‘penggiat media sosial berpengaru­h’ atau

social media influencer’, dia juga cekap memasak malah naskhah pencuci mulut,

Brownies Paling Agung menjadi salah satu buku resipinya yang terlaris di pasaran.

Dia juga sentiasa berinterak­si dengan pengikut laman sosial dan akan memuat naik sekurang-kurangnya empat status sehari.

“Selain resipi, saya akan muat naik cerita pendek, pandangan dan juga jadual bengkel bagi mereka yang berminat untuk memantapka­n laman sosial tidak kira sama ada untuk menjana pendapatan mahupun hanya untuk berkongsi cerita. “Sebenarnya, segala posting atau status yang dimuat naik adalah cerminan diri kita sendiri dan sudah pastinya kita mahu kelihatan elok di mata orang lain. “Justeru, kita perlu fikir dan rangka setiap status sebelum dimuat naik kerana dalam zaman viral sekarang, segala-galanya boleh tergugat dengan hanya satu kesilapan status sahaja,” katanya.

Elak provokasi, ketepikan kritikan tidak bernas

Khairul yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam laman sosial dan seboleh-bolehnya dia takkan memanjangk­an perbalahan bagi menjaga hati semua pihak.

Sebagai penulis dan aktif melontarka­n pendapat, pada masa sama, tidak boleh cepat melatah jika menerima pandangan berbeza daripada pembaca.

“Sekiranya ada provokasi, apatah lagi oleh individu yang menggunaka­n profil palsu, selalunya saya akan padam sahaja komen dan block supaya pertelingk­ahan tidak berpanjang­an atau meleret-leret.

“Ramai yang tidak faham, membangkan­g itu boleh, namun kena bangkang atau mengkritik dengan isi dan fakta, selain menggunaka­n bahasa yang berhemah.

“Pada pandangan saya, tidak guna bertekak di laman sosial dan biarlah komen yang positif sahaja,” katanya.

Berkarya dalam bilik khas

Anak kelahiran Mentakab, Pahang ini berkata, dia mempunyai sebuah bilik khas yang digunakan untuk mengupas idea dan menulis.

“Bilik khas ini adalah tempat untuk saya kembangkan idea, menulis untuk siapkan novel mahupun muat naik status di Facebook.

“Sebagai penulis, kita semua tidak terlepas daripada

writer’s block, dan selalunya saya akan membaca atau tidur sekejap sebelum sambung menulis,” kata Khairul lagi.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Meluangkan masa bercuti bersama keluarga. Antara peserta bengkel penulisan yang dikelolaka­n Khairul Hakimin. Ibu bapa dan keluarga menjadi pemangkin semangat u
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Meluangkan masa bercuti bersama keluarga. Antara peserta bengkel penulisan yang dikelolaka­n Khairul Hakimin. Ibu bapa dan keluarga menjadi pemangkin semangat u

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia