Berita Harian

Keluarga tidak dimamah usia

-

Sekeluarga empat wanita di Taiwan mengejutka­n dunia kerana memiliki penampilan dan wajah awet muda meskipun kesemuanya sudah melangkau sempadan usia empat siri.

Lure Hsu, 42, terlebih dulu menggempar­kan netizen dengan susuk tubuh dan keayuan wajah persis gadis remaja. Namun, penemuan dua lagi adiknya, Fayfay dan Sharon masing-masing melewati usia 40 dan 36 tahun bersama ibu mereka yang menjejak usia emas 63 tahun, sering disalah anggap wanita dalam lingkungan 30-an.

“Nikmati hidup dan abaikan peningkata­n umur anda,” motto keluarga ini apabila ditanya rahsia mereka kekal muda sehingga seluruh Taiwan melabelkan mereka sebagai ‘Keluarga Tidak Dimakan Usia’.

Usia terhenti

Menerusi temu bual bersama majalah dalam talian, Mailonline, Fayfay ibu kepada dua cahaya mata berkata, kecantikan dan wajah tidak dimamah usia mereka diwarisi daripada ibu mereka yang juga seorang guru tarian.

“Sewaktu muda, wajah ibu kelihatan sangat keanakanak­an. Kini, ibu tetap jelita, malah kalangan bukan kenalan, mendakwa ibu kelihatan muda berganda daripada umur sebenarnya,” kata tiga beradik ini.

Fayfay yang juga ibu kepada dua cahaya mata perempuan, masing-masing berusia 10 dan 8 tahun berkata, ramai menyangka kedua-dua anaknya itu adalah adiknya.

“Saya tidak perasan paras dan penampilan saya persis seorang remaja sehinggala­h ada yang memuji saya tidak kisah membawa ‘adik-adik’ bersiar-siar,” katanya.

Malah, katanya, dia tidak menyedari keremajaan wajah dan susuk tubuh dimiliki mereka sekeluarga disebabkan masih tinggal bersama keluarga dan setiap hari menatap wajah masing-masing.

Rahsia kekal muda

Mengejutka­n, rahsia keluarga berkenaan mengekalka­n keremajaan mereka sebenarnya sangat sederhana.

Fayfay mendakwa dia hanya mengekalka­n gaya hidup rutinnya.

 ??  ?? Sharon
Sharon
 ??  ?? Fayfay
Fayfay

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia