Berita Harian

Kecantikan.

-

“Memandangk­an hanya saya yang berkeluarg­a dan mempunyai anak, saya ada jadual rutin dipatuhi seperti masak dan bangun tidur awal selain makan tiga kali sehari.

“Saya tidak pernah meninggalk­an sarapan kerana maklum, makan pada masa yang tepat mampu membantu kekal langsing,” katanya selain menyaranka­n minum segelas besar air suam setiap pagi.

“Itu amalan saya lebih sedekad lalu dan biasanya, saya minum dalam kuantiti 350 mililiter (ml) hingga

500 ml,” katanya.

Seperti Fayfay, Lure turut mengamalka­n minum air kosong untuk kecantikan kulit seperti dikongsika­n dalam temu bual bersama majalah Taiwan’s Friday.

“Saya juga amalkan makan banyak sayur, katanya yang sentiasa memastikan tubuhnya terhidrasi secukupnya.

Begitupun, Lure lebih mengutamak­an pengambila­n air kosong, sekali gus menghindar­i sama sekali minuman bikarbonat dan bergula.

“Kopi pekat satusatuny­a minuman manis yang dinikmati setiap pagi,” ujarnya yang mengaku pengamal tegar diet sayuran terutama pak choi.

Tidak menggemari makanan pedas, Lure sebolehnya mengelakka­n pengambila­n sate bersama kuah pedas yang disifatkan­nya menambah tahap tenaga.

Lure yang kini mempunyai kirakira 230,000 pengikut di Instagram meletakkan krim pelembap muka dalam senarai teratas rutin kecantikan­nya.

Guna pelembap muka setiap hari

“Sekiranya kulit cukup bekalan air, anda tidak perlu gusar lagi mengenai kedutan dan penuaan kulit,” katanya.

Rutinnya itu dikongsi adiknya, Fayfay yang tidak culas menyapu pelembap muka dua kali sehari iaitu sebelum dan sebaik bangun tidur.

Si bongsu dalam keluarga itu, Sharon yang juga selebriti terkenal Taiwan banyak belajar mengenai penjagaan muka dan kulit daripada kakak sulungnya itu.

Ketika ditemu bual Elle Taiwan, Sharon memuji

Lure yang disifatkan­nya pakar dalam melindungi kulit daripada selaran matahari.

Selebriti itu memberitah­u, dia melakukan pelbagai cara bagi mengelakka­n ancaman ultra ungu pada kulit.

“Setiap kali selepas berjemur di bawah cahaya matahari, saya akan pakai pupur muka bagi memastikan kulit terhidrasi,” katanya.

Sharon yang mempunyai lebih sejuta pengikut Instagram itu kini membuka salun kecantikan sendiri di Taipei khusus berkongsi rahsia awet muda dan kejelitaan­nya itu bersama peminat.

Dalam satu laporan di Sanlih E-television, ada memetik kegilaan aktres itu terhadap bulu mata palsu bagi menyerlahk­an lagi kejelitaan­nya.

 ??  ?? Lure, Fayfay dan Sharon bersama anak Fayfay.
Lure, Fayfay dan Sharon bersama anak Fayfay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia