Berita Harian

Anjur bengkel hingga luar negara

-

Saya sendiri menghadiri bengkel strategi dan bahan media untuk belajar cara menulis dengan lebih menarik supaya lebih ramai akan suka dan kongsi cerita kita di laman sosial”

Khairul Hakimin Muhammad, Penggiat media sosial

mengenai bengkel Viral-lah, dia mengakui, bengkel itu menjadi salah satu platform untuk dia berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang ingin memantapka­n penulisan dalam laman sosial.

“Selain bercerita tentang apa yang berlaku hari ini, sebenarnya laman sosial juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

“Saya sendiri menghadiri bengkel strategi dan bahan media untuk belajar cara menulis dengan lebih menarik supaya lebih ramai akan suka dan kongsi cerita kita di laman sosial,” katanya.

Disiplin memudahkan kerja

Setakat ini, sudah 19 siri bengkel yang dijalankan di dalam dan luar negara antaranya Indonesia dan Singapura.

Khairul berkata, dia juga kini dalam proses menghasilk­an buku ke-10.

“Kalau nak diikutkan pembahagia­n masa, memang tidak pernah cukup namun saya akan susun atur jadual sebaik-baiknya.

“Disiplin itu perlu dan apabila saya ikut jadual yang ditetapkan gerak kerja menjadi lebih mudah dan saya ada bukan sahaja punya masa untuk siapkan kerja, malah ada masa untuk beriadah bersama keluarga,” katanya.

Luang masa bercuti bersama keluarga

Walaupun jadualnya mungkin dilihat agak sibuk, dia tidak pernah mengabaika­n masa untuk bersama keluarga.

Khairul berkata, mereka sekeluarga gemar bercuti di dalam negara dan akan melakukan ‘penjelajah­an di sesuatu tempai sekiranya punya masa terluang.

“Pulau Langkawi,

Pulau Redang dan Pulau Perhentian antara destinasi percutian yang wajib dikunjungi semasa bercuti.

“Bercuti di luar negara pun ada sekali-sekala, tapi kami lebih gemar bercuti dalam negara sahaja kerana kurang memenatkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia