Berita Harian

HITUNG HARI

Izara Aishah tak risau ‘saham’ jatuh apabila berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Adib Khalid

-

Bakal menjadi ‘raja sehari’ pada 17 November depan, aktres jelita, Izara Aishah, 25, menghitung hari untuk disatukan dengan jejaka pilihan hati, Adib Khalid iaitu anak tiri kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Sejak tersebar kisah dirinya dirisik keluarga Adib, sedikit demi sedikit sesi peribadi Izara dikongsi kepada umum, apatah lagi ramai menantikan detik mereka disandingk­an.

Sebelum ini, sejak tersebar kisah percintaan­nya dengan Adib, Izara yang bakal muncul dalam filem baharu berjudul

Kau Yang Satu mulai 27

Julai depan, lebih selesa mengunci mulut.

Ramai tahu Izara tidak suka menjaja cerita atau terlalu berkongsi butiran kisah cintanya dengan Adib.

Namun, perkongsia­n di laman sosial detik dirinya dirisik keluarga Adib, baru-baru ini, dianggap petanda Izara mula terbuka bercerita hal peribadi dengan peminat.

Terbuka kongsi kisah peribadi

“Soal terbuka atau tidak dalam berkongsi kisah peribadi, bagi saya, ia bergantung kepada situasi.

“Adakalanya, saya selesa berkongsi dengan teman wartawan yang sudah lama dikenali. Bukan soal ‘favoritism’ atau tidak. Ia lebih kepada hubungan baik yang sudah lama terjalin.

“Memang ada wartawan yang baik dengan saya sejak awal pembabitan seni. Ada antara mereka sering memberi nasihat berguna.

“Namun, ada ketikanya, orang bertanya hal peribadi, saya akan jawab. Saya fikir kenapa perlu saya ubah prinsip itu, cuma saya akui ada sedikit keterbukaa­n dalam berkongsi kisah peribadi sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada HIP.

Mengenai persiapan untuk hari bahagia,

Izara memberitah­u, segala-galanya lancar.

“Syukur ada individu yang membantu saya buat itu dan ini. Kalau buat sendiri, pening jadinya,” kata Izara.

Mengenai pemilihan tarikh pernikahan pada 17 November, Izara menjelaska­n ia tidak mempunyai sebarang simbolik.

Doakan majlis lancar

“Tarikh itu dipilih kerana ia menyenangk­an saya, bakal suami dan keluarga kami,” katanya yang mengharapk­an peminat mendoakan majlis dirancang berjalan lancar.

Akui Izara, dia sudah bersedia memikul tugas sebagai isteri.

“Secara jujur, saya sudah lama bersedia memikul tanggungja­wab sebagai isteri. Namun, semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh.

“Alhamdulil­lah, perancanga­n ini dipermudah­kan. Kita buat dan pikul tanggungja­wab ini bila mampu,” kata bintang jelita yang mula

dikenali menerusi drama Vanilla Coklat itu.

Keputusan Izara menamatkan status anak dara bukanlah isyarat untuk dirinya meninggalk­an dunia seni.

Malah, Izara tidak pernah bimbang apakah apabila sudah menjadi isteri orang, ‘saham’ dirinya sebagai artis akan merudum.

“Saya realistik dalam apa yang dilakukan.

Dalam hidup ini, saya percaya kita dicipta untuk berpasang-pasangan iaitu melalui perkahwina­n.

Saya juga percaya rezeki ada di mana-mana.

“Peminat juga bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin,” katanya.

Berfikiran positif, Izara berkata, tindakanny­a terjun dalam dunia perniagaan adalah percubaan untuk mempelbaga­ikan punca rezeki.

“Minat berlakon takkan terhakis. Cuma mungkin selepas berkahwin nanti, saya harus jadi lebih peka dengan status diri.

“Saya selama ini pun bersikap selektif dalam menimbang watak. Jadi, prinsip itu akan kekal,” katanya yang baru-baru ini menghadiri majlis pratonton filem Kau Yang Satu di ibu negara.

Banyak menangis hidupkan watak

Bercerita mengenai filem terbaharun­ya itu, Izara mengaku watak utama sebagai Salina dalam filem garapan Osman Ali itu, mencabar dirinya.

“Watak itu berat.

Saya kena menangis banyak kali. Dalam melakonkan­nya, saya memilih tidak membaca novel kerana tidak mahu terlalu terikat. Saya bimbang ia akan menjadikan saya lebih keliru,” katanya.

Mengaku sesekali dirinya terpesong daripada watak Salina ketika mula menghidupk­annya, namun, dengan bantuan Osman, perkara itu dapat diatasi.

“Mujur Abang Osman dapat mengawalny­a. Lamakelama­an, saya bagaikan ‘dirasuk’ dengan watak dan karakter Salina.

“Semua pelakon menyertai kelas lakonan selama tiga minggu sebelum penggambar­an berlangsun­g. Kelas itu dikendalik­an pelakon senior,

Ellie Suriaty,” katanya.

Izara mengaku karakter Salina cukup berbeza daripada dirinya.

“Saya tak cakap lembut dan sopan sepertinya. Nak gelak dan berjalan macam Salina pun memang sukar pada awalnya.

“Salina adalah wanita kampung yang serba-serbi penuh santun. Saya juga orang kampung, tapi sangat kasar,” katanya.

Filem Kau Yang Satu juga menyaksika­n Izara kali pertama digandingk­an bersama aktor kelahiran Singpura, Aaron Aziz.

Berkongsi pengalaman, Izara menyifatka­n pelakon kacak berstatus suami orang itu sangat menyenangk­an.

“Dia sangat membantu untuk kami jadi setara dalam filem ini. Cerita ini pun mengenai lelaki yang berkahwin dengan wanita muda.

“Jadi tak sukar untuk saya menzahirka­n perkara itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Izara bersama Adib Khalid pada sidang media Filem Kau Yang Satu, baru-baru ini.
Izara bersama Adib Khalid pada sidang media Filem Kau Yang Satu, baru-baru ini.
 ?? [ FOTO SHAWAL AZANI / BH ] ?? Osman (tengah) bersama Aaron, Izara Aishah, Hisyam dan Soo Wincci pada malam gala Kau Yang Satu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.
[ FOTO SHAWAL AZANI / BH ] Osman (tengah) bersama Aaron, Izara Aishah, Hisyam dan Soo Wincci pada malam gala Kau Yang Satu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia