Berita Harian

TULANG BELAKANG

Mak Jah menjaga pengasas produk Vida Beauty sejak kecil

-

Mak Jah, Datuk Seri Vida macam belangkas

Benarlah kata orang, bagi setiap insan yang berjaya itu pasti ada seseorang yang menjadi tonggak kepada kekuatan mereka. Bukan sekadar menjadi sumber kekuatan mahupun dorongan, pihak berkenaan jugalah selalunya bahu untuk insan terbabit meluahkan segalagala.

Begitu jugalah dengan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida. Bagi mereka yang sering berjumpa dan berurusan dengannya, masing-masing pasti pernah bertemu dengan wanita yang sentiasa di sisi pengasas produk Vida Beauty berkenaan.

Wanita dikenali dengan panggilan Mak Jah itu sebenarnya kakak kepada Vida, yang menjaga usahawan terbabit sejak kecil, selain menjadi insan kepercayaa­n beliau.

Penuhi permintaan

Bertemu dengan Mak Jah atau namanya sebenarnya Azizah Othman, 49, membuka banyak kisah mengenai kesungguha­n Vida yang memang meminati perniagaan sejak kecil.

“Saya memang bersama Vida sejak dia kecil sehingga kehidupan remaja dan sampailah hari ini. Saya memang mahu adik saya hidup selamat dan tidak bertemu dengan orang yang silap.

“Saya juga memenuhi permintaan­nya tinggal di rumah ini, meskipun mempunyai kediaman sendiri di Kelantan,” katanya ketika ditemui di rumah agam Vida di sini, baru-baru ini.

Naik bas lawat adik

Bagi Mak Jah, Vida,

46, seorang yang tidak mudah putus asa dan rajin bekerja sehingga dia sendiri bimbang apabila adiknya pulang lewat pagi dan tidak cukup rehat.

Sebagai kakak, beliau sentiasa memastikan adiknya mendapat makan yang cukup dan sentiasa berpesan supaya Vida berehat agar tidak jatuh sakit.

“Saya masih ingat ketika Vida menuntut di Pulau Pinang, setiap dua minggu saya akan ke sana menaiki bas untuk menghantar sambal daging buat dirinya.

“Vida juga rajin membuka gerai untuk berniaga, jadi saya ke sana bantu menjual makanan Kelantan. Kadang-kadang bawa kain batik. Memang dia suka berniaga,” katanya.

Menangis sama-sama

Ditanya kenangan paling diingati, wanita ini berkata, kejadian Vida ditimpa musibah apabila air panas terkena bahagian kaki dan menyebabka­n kulit adiknya itu cedera parah antara yang tidak dapat dilupakan.

“Sepanjang di hospital, kami menangis bersamasam­a apabila saya perlu mencuci luka Vida kerana bimbang akan terkena jangkitan kuman.

“Vida adik yang kuat semangat. Apabila ada orang cuba menyakiti dirinya, saya memang akan ke depan membela adik saya. Jangan mudah menghukum jika tidak tahu susah payah seseorang itu,” katanya.

Vida adik yang kuat semangat. Apabila ada orang cuba menyakiti dirinya, saya memang akan ke depan membela adik saya. Jangan mudah menghukum jika tidak tahu susah payah seseorang itu” Mak Jah, Kakak

 ??  ??
 ?? [ FOTO H2PIX.CO ] ?? Mak Jah (kanan) bersama adik kesayangan­nya, Vida.
[ FOTO H2PIX.CO ] Mak Jah (kanan) bersama adik kesayangan­nya, Vida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia