Berita Harian

FBM KLCI kekal aliran masuk bersih asing

-

Sepanjang minggu lalu, dagangan di Bursa Malaysia agak membosanka­n dan FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah dalam jajaran 1,759. Indeks penanda aras Bursa Malaysia itu dibuka dengan menokok tiga mata tetapi tidak dapat bertahan dan berlegar dalam jajaran yang kecil sepanjang minggu.

Jumlah dagangan juga tidak berubah. Bagaimanap­un, FBM KLCI masih mengekalka­n aliran masuk bersih asing.

Pada hari terakhir dagangan pada Jumaat, FBM KLCI menokok 3.53 mata dan berkemungk­inan aliran menaik itu akan berterusan pada minggu ini.

Pelabur dinasihatk­an mengambil langkah berhati-hati dan mencari peluang untuk melabur di dalam kaunter yang berpotensi.

Pada Isnin, FBM KLCI menokok 0.19 mata kepada 1,755.19 mata. Laporan data yang kukuh dari China mengekalka­n pasaran saham dunia menghampir­i rekod tertinggi.

Juga menunjukka­n harga komoditi tembaga mencecah paras tertinggi empat setengah bulan dan pelabur saham gembira kerana kenaikan hampir lima peratus untuk tempoh lima hari minggu lalu.

Saham Asia mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun dan Bursa Eropah meningkat pada awal dagangan dan berkemungk­inan untuk terus positif selama empat sesi berturut-turut.

Pada Isnin, jumlah dagangan di pasaran tempatan menyusut kepada 2.042 bilion saham yang diniagakan bernilai RM1.716 bilion berbanding 2.375 bilion saham bernilai RM2.042 bilion.

Kebanyakan sektor meningkat, kecuali sektor perladanga­n dan sektor kewangan.

Kaunter untung, termasuk Sunway menokok RM0.10 (+2.53 peratus), Prestarian­g +RM0.18 +8.18 peratus), Pharmaniag­a +RM0.12 (+2.74 peratus), Petron Msia +RM0.35 (+4.37 peratus), Ajinomoto +RM0.86 (+3.56 peratus) dan Kerjaya +RM0.07 (+2.017 peratus).

Kaunter rugi termasuk Gas Malaysia -RM0.08 (-2.68 peratus), IHH Healthcare -RM0.06 (-1.00 peratus), FGV -RM0.05 (-3.07 peratus) dan Muhibbah -RM0.05 (1.96 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih adalah pada RM111.0 juta. Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS pada 4.2880.

Pada Selasa, FBM KLCI turun 0.27 mata kepada 1,754.92 (-0.02 peratus). Kebanyakan pasaran saham Asia jatuh berikutan keraguan mengenai masa depan pemulihan penjagaan kesihatan AS yang disokong oleh Presiden Donald Trump.

Jangkaan Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah secara perlahan menyebabka­n dolar AS lebih lemah. Dagangan pasaran meningkat kepada 2.163 bilion saham diniagakan pada RM2.218 bilion berbanding 2.042 bilion saham bernilai RM1.715 bilion sehari sebelumnya. Semua sektor ditutup bercampur-campur.

Kaunter untung termasuk United Plantation menambah RM0.84 (+ 3.11 peratus), Ajinomoto + RM0.46 (+ 1.84 peratus), Iwcity + RM0.30 (+ 24.19 peratus), Petron Malaysia + RM0.20 (+ 2.39 peratus), Airasia + RM0.13 Padini + RM0.13 (+ 3.59 peratus) dan Ekovest + RM0.12 (+ 11.43 peratus).

Kaunter rugi termasuk BAT RM0.58 (-1.33 peratus), Heineken RM0.18 (-1.0 peratus), Serba Dinamik RM0.06 (-3.12 peratus) dan Hartalega RM0.12 (-1.75 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih adalah lebih RM23.5 juta, manakala ringgit bertambah sedikit berbanding dolar AS pada 4.284.

Pada Rabu, FBM KLCI naik

2.35 mata kepada 1,757.27 (+ 0.13 peratus). Kebanyakan pasaran Asia ditutup dalam zon hijau.

Dagangan pasaran meningkat kepada 2.172 bilion saham yang diniagakan pada RM2.291 bilion daripada 2.163 bilion saham bernilai RM2.218 bilion. Semua Sektor ditutup bercampur-bercampur.

Kaunter untung termasuk CIMB naik RM0.09 (+ 1.42 peratus), BAT + RM0.60 (+ 1.4 peratus), SUNWAY + RM0.09 (+ 2.2 peratus), PADINI + RM0.09 (+ 2.4 peratus), POS + RM0 .08 (+ 1.58 peratus) dan KAWAN + RM0.08 (+ 1.69 peratus).

Kaunter rugi termasuk PLANTASI UNITED -RM0.76 (-2.73 peratus), FAR EAST -RM0.25 (-2.79 peratus), GENTING -RM0.11 (1.16 peratus), AMBANK -RM0.09 (-1.76 peratus) dan IWCITY RM0.08 (-5.19 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih kurang daripada RM43.7 juta. Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pada 4.286

Pada Khamis, FBM KLCI turun 1.64 mata kepada 1,755.63 mata (-0.09 peratus).

Pasaran ekuiti Asia secara umum meningkat, meneruskan kenaikan pasaran saham seluruh dunia sejak minggu lalu.

Jumlah dagangan turun kepada 1.719 bilion daripada 2.172 bilion dengan saham yang diniagakan jatuh kepada RM2.007 bilion daripada RM2.291 bilion. Semua sektor turun, kecuali sektor perdaganga­n dan perkhidmat­an.

Kaunter untung, termasuk Genting naik RM0.21 (+ 2.25 peratus), AFG + RM0.12 (+ 3.12 peratus), Heveaboard + RM0.09 (+ 5.88 peratus) dan Guan Chong + RM0.08 (+ 6.35 peratus). Kaunter rugi, termasuk Ajinomoto RM0.56 (-2.17 peratus), CIMB RM0.11 (-1.71 peratus), Prestarian­g -RM0.10 (-4.57 peratus), Iwcity -RM0.07 (-4.79peratus) dan Power Root -RM0.05 (-2.13 peratus)

Ringgit menyusut sedikit kepada 4.2915 berbanding dolar AS.

Pada Jumaat, FBM KLCI ditutup lebih tinggi sebanyak 3.53 mata, pada 1,759.16 mata.

Kebanyakan saham Asia Tenggara jatuh sejajar dengan pasaran Asia, selepas Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan terus mengekalka­n kadar faedah. Ia memberi isyarat bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dan memulakan program rangsangan besar-besaran mereka.

Jumlah dagangan ialah 1.864 bilion saham. bernilai adalah RM1.778 bilion berbanding 1.719 bilion bernilai RM2.007 bilion pada hari sebelumnya.

Semua sektor naik kecuali sektor teknologi dan sektor perladanga­n.

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih ialah RM13.5 juta, manakala ringgit meningkat kepada 4.2835 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia