Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menutup dagangan Jumaat lalu dengan penutup 2.5 peratus lebih rendah selepas sebuah firma perunding mengunjurk­an kenaikan pengeluara­n Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bagi Julai, di sebalik ikrar kumpulan untuk mengehadka­n output.

Ia sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n bahawa pasaran global akan dilambakka­n dengan minyak mentah.

Penanda aras minyak mentah Brent berakhir susut AS$1.24 atau 2.52 peratus pada AS$48.06 satu tong.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) Amerika Syarikat (AS) berakhir susut AS$1.15 atau 2.45 peratus, pada AS$45.77 satu tong.

Kedua-dua penanda aras ini mencatatka­n paras tertinggi sejak awal Jun lalu dalam dagangan bertukar dagangan pada sesi sebelumnya, yang didorong oleh data yang menunjukka­n inventori minyak mentah dan minyak AS jatuh mendadak minggu lalu.

“Kesan kejatuhan yang mendadak dalam inventori yang diumumkan awal minggu ini masih berlarutan di pasaran,” kata Bank ANZ.

Penganalis­is ketua pasaran di CMC Markets Sydney, Ric Spooner, berkata penurunan dalam inventori mungkin berlarutan dalam jangka masa terdekat walaupun paras stok keseluruha­n tahun ini mungkin lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Bekalan minyak AS kira-kira 490 juta tong, kekkal melebihi purata lima tahun, manakala pengeluara­n meningkat hampir 12 peratus sejak pertengaha­n 2016 kepada 9.4 juta tong sehari.

Lebihan bekalan minyak mentah memberi tekanan kepada harga minyak mentah dan anggota Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dijadualka­n bertemu dengan bukan ahli di St Petersburg, Russia, pada Isnin untuk membincang­kan keadaan pasaran dan tindakan selanjutny­a dalam usaha menyokong harga komoditi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia