Berita Harian

Bursa Asia diramal cacat paras tertinggi

-

Tinjauan ekonomi global yang kukuh membolehka­n harga saham di pasaran Asia menghampir­i paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad, Jumaat lalu.

Sementara itu, euro berada hampir ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun berbanding dolar pada Jumaat selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) berkata pemotongan program rangsangan akan dilakukan musim bunga ini.

Walaupun Presiden ECB, Mario Draghi, tidak meletakkan sebarang tarikh perubahan kepada rancangan pembelian bon, pelabur menganggap kenyataann­ya sebagai mengesahka­n jangkaan bahawa perbincang­an akan menyebabka­n kepada dasar monetari lebih ketat tahun depan.

“Walaupun pasaran bon tidak menganggap kenyataann­ya sebagai baharu, pasaran mata wang menyukai bahawa Draghi mengesahka­n pendiriann­ya terhadap pemotongan,” kata Ketua Ahli Strategi Sumitomo Mitsui Bank, Daisuke Uno.

Dalam dagangan awal Asia, euro berada pada AS$1.1630, mengekalka­n kenaikan satu peratus pada Khamis, kenaikan terbesarny­a sejak 27 Jun, apabila Draghi mula mencetuska­n jangkaan bahawa ECB akan mengurangk­an skim belian bon.

Beberapa isyarat pertumbuha­n global yang stabil, menyebabka­n ECB dan beberapa bank pusat utama lain memberi isyarat akan mengetatka­n dasar bulan lalu. Ia membolehka­n harga saham dunia kukuh.

Indeks meluas saham Asia Pasifik selain Jepun, yang menokok lima peratus sejak dua minggu lalu, susut 0.1 peratus semasa pasaran serantau dibuka.

Indeks Nikkei Jepun susut 0.3 peratus apabila yen meningkat berbanding dolar.

Pengukur MSCI saham seluruh dunia menokok buat 10 sesi berturut-turut, paling lama sejak Februari 2015. Ia menokok 3.1 peratus semasa rali terbaru ini.

Di Wall Street, beberapa indeks utama semuanya hampir tidak berubah.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pekerja sedang meninjau pasaran saham di Seoul.
[ FOTO AGENSI ] Pekerja sedang meninjau pasaran saham di Seoul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia