Berita Harian

Rumah Ihsan Johor tarik minat negeri lain

Guna formula sama bangunkan kediaman bagi golongan kurang bernasib baik

- Oleh Mohamed Farid Noh

Pembinaan Rumah Ihsan Johor menarik minat negeri lain yang mahu menggunaka­n formula sama dalam membangunk­an rumah untuk golongan memerlukan dan kurang bernasib baik di negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata inisiatif itu membuktika­n kerajaan negeri bukan saja mengambil berat nasib golongan miskin, malah boleh dijadikan contoh di negeri lain.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, berkata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berminat menggunaka­n formula itu bagi membantu membina rumah untuk penduduk miskin.

Puji inisiatif, guna formula

“Kedua-dua menteri besar ini bukan saja memuji inisiatif diperkenal kerajaan Johor membangunk­an Rumah Ihsan Johor, malah mahu mengguna pakai formula sama untuk membantu membina rumah bagi golongan kurang mampu di negeri masingmasi­ng.

“Terengganu dan Perak tertarik kerana pembinaan Rumah Ihsan Johor dikendalik­an sepenuhnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah kerajaan negeri iaitu Pertubuhan Ihsan Johor dengan konsep kesukarela­wanan, iaitu ahli persatuan dan penduduk mengambil masa hanya selama tiga hari untuk membina rumah dengan konsep pasang siap.

Tidak melebihi RM50,000

“Pembinaan setiap Rumah Ihsan Johor dianggarka­n tidak melebihi RM50,000 dan dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan turut dipenuhi dengan kemudahan asas, termasuk kipas dan lampu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan kunci Rumah Ihsan Johor kepada keluarga Sapiee Kamisan, 58, di Parit Gantung Laut, dekat sini, semalam.

Kisah kedaifan keluarga Sapiee yang mendiami rumah usang, tersebar di media sosial sejak akhir tahun lalu berikutan beliau sudah tidak mampu lagi bekerja kerana masalah kencing manis kronik.

Sementara itu, Sapiee bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Johor yang prihatin membantu membina rumah baharu untuknya berteduh bersama isteri, Siti Patonah Taha, 59, yang hanya mengambil upah mengurut dengan bayaran RM20.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Keadaan Rumah Ihsan Johor milik Sapiee yang hampir siap dibina.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Keadaan Rumah Ihsan Johor milik Sapiee yang hampir siap dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia