Berita Harian

Perarakan Kebudayaan Ipoh catat rekod penyertaan terbesar

Program babitkan 55 kumpulan, lebih 2,000 peserta, 120 kenderaan berhias berarak 2.8 kilometer

- Oleh Balqis Jazimah Zahari bhnews@bh.com.my

Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 menerima pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai perarakan kebudayaan terbesar dari segi penyertaan.

Program anjuran kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian China Perak (PCCI) itu, membabitka­n 55 kumpulan dengan lebih 2,000 peserta dan 120 kenderaan berhias terdiri daripada kumpulan kebudayaan, kesenian, muzik dan pelbagai lagi berarak sejauh 2.8 kilometer di bandar raya ini, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang menyaksika­n perarakan itu, menerima sijil MBOR yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Christophe­r Wong di pentas utama di pekarangan Dewan Bandaran di sini.

10,000 saksi perarakan

Perarakan yang disaksikan lebih 10,000 pengunjung itu diadakan bersempena Tahun Melawat Perak 2017.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi itu, dimulai dengan Zambry memandu kereta antik mengetuai konvoi orang kenamaan ke pentas utama.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee.

Zambry turut melancarka­n program dengan gimik pelepasan belon udara disusuli kehadiran dron membawa bendera Tourism Perak dan Perarakan Kebudayaan Ipoh.

Antara kumpulan perarakan yang menarik perhatian pengunjung adalah persembaha­n seni pertahanan diri oleh Persatuan Wushu Perak, Persatuan Silat Kebangsaan Perak dan Persatuan Silambam Malaysia Perak.

Dalam pada itu, Zambry berbangga kerana Perak berjaya mengadakan program berkenaan, sekali gus mencatat rekod dalam MBOR.

“Ini satu pencapaian besar untuk Perak kerana berjaya menganjurk­an program sebegini. Kita akan meneruskan program ini pada masa hadapan dalam tempoh setahun atau dua tahun sekali,” katanya.

Beliau berharap perarakan itu menarik lebih banyak penyertaan termasuk anak Perak yang berada di negeri lain atau di luar negara untuk bersama-sama mengetenga­hkan produk masing-masing pada masa hadapan.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Zambry (tengah) menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records daripada Christophe­r Wong (dua dari kiri) selepas Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017, semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Zambry (tengah) menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records daripada Christophe­r Wong (dua dari kiri) selepas Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017, semalam.
 ??  ?? Peserta Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Busana Melayu Kuala Kangsar mengambil bahagian dalam perarakan.
Peserta Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Busana Melayu Kuala Kangsar mengambil bahagian dalam perarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia