Berita Harian

Pendidikan anak Sik agenda utama KAAS

-

Shah Alam: Pembanguna­n pendidikan belia serta daerah Sik, Kedah, menjadi agenda perjuangan utama Kelab Anak-anak Sik (KAAS).

Justeru, Himpunan Anak-anak Sik di perantauan yang dilaksanak­an sejak 2011, antara lain memfokuska­n kepada perbincang­an mengenai pembanguna­n keduadua aspek berkenaan.

EXCO Kerajaan Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah, berkata himpunan itu adalah acara tahunan KAAS yang mempunyai kirakira 4,000 ahli di Lembah Klang bagi meraikan dan merapatkan hubungan dalam kalangan anak Sik di perantauan.

Bengkel pendidikan

“Hari ini pelbagai program dilaksanak­an untuk anak Sik termasuk bengkel kecemerlan­gan pendidikan, kebajikan dan pada masa sama juga kami dapat berjumpa dengan anak Sik yang tidak pernah kami jumpa.

“Melalui program ini kami dapat menjejaki ramai anak Sik di sini yang berjaya dengan kerjaya hebat seperti usahawan ternama, peguam dan jurutera,” katanya pada sidang media pada Majlis Jamuan Hari Raya dan Himpunan Anakanak Sik Di Perantauan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden KAAS, Datuk Mohd Rodhi Ali dan Naib Presiden KAAS, Azman Yaakob.

Mohd Tajudin berkata, beliau berhasrat melihat anak Sik di perantauan memiliki kerjaya profesiona­l dan bijak pandai yang boleh bergabung tenaga dalam membangunk­an daerah itu.

“Bagi anak Sik yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami adakan kem motivasi, teknik menjawab soalan dan sebagainya.

“Kepada anak Sik yang berjaya pelbagai bidang diceburi, saya harap jangan lupakan Sik. Marilah kita bersama membantu membangunk­an daerah Sik,” katanya.

 ??  ?? Mohd Tajudin Abdullah
Mohd Tajudin Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia