Berita Harian

Isteri solehah sentiasa cari reda suami

Hubungan suami isteri amat unik. Penyatuan dua insan yang berbeza, seterusnya membina mahligai rumah tangga mengikut syariat Islam. Suami sebagai ketua keluarga memainkan peranan melahirkan isteri solehah dan anak soleh. Ikuti kupasan bersama Ustaz Muhamm

-

Hidup sebagai suami isteri memang akan banyak ujian yang perlu dilalui. Tanggungja­wab yang digalas sebagai seorang suami mahupun isteri bukanlah satu tugas yang mudah.

Ikuti kupasan seterusnya bersama Ustaz Muhammad Abdullah al Amin dalam Pesona D’zahra di IKIMFM.

Firman Allah SWT dalam Surah al-anfal, ayat 46 yang bermaksud:

“Dan taatlah kepada Allah SWT dan Rasul-nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabka­n kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarla­h. Sesungguhn­ya Allah SWT berserta orang yang sabar.”

Isteri yang solehah ialah mereka yang patuh kepada perintah Allah SWT dan rasul-nya, serta taat kepada suami dan tidak sesekali membohongi­nya.

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronoka­n dan sebaik-baik kesukaan itu adalah wanita yang solehah.”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu, aku beritahu daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki? Ia adalah isteri solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira; jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Dosa bohong dengan suami

Berbohong kepada suami adalah berdosa. Jika suami tidak reda dengan sikap pembohonga­n itu, akan kekal dosa isteri itu terhadap suaminya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Aku melihat dalam neraka, tiba-tiba ramai antara ahlinya adalah wanita.” Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang pelik jika kadang-kadang pertengkar­an boleh berlaku. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.

Begitulah umpama asam garam dalam perkahwina­n. Hatta perihal kecil pun kadang-kadang boleh jadi perkara yang besar.

Dalam hadis lain diterangka­n daripada Ibnu Abbas, sesungguhn­ya seorang wanita daripada suku Khatam datang menemui Rasulullah dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sampaikanl­ah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri?”

Baginda bersabda: “Sesungguhn­ya, hak suami terhadap isteri itu ialah jika suami menghendak­i dirinya, sekalipun dia berada di atas kenderaan, dia tidak menolak dirinya untuk memenuhiny­a dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya dan jika dia terus melakukann­ya, maka ia hanya akan mendapatka­n lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu dan isteri itu juga tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika dia tetap keluar, maka malaikat langit, malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutukny­a sampai dia pulang.” (Riwayat Thabrani).

Kecemburua­n seorang suami terhadap isteri adalah fitrah yang dituntut oleh agama. Suami yang tidak cemburu dengan kemungkara­n dilakukan isterinya, tergolong daripada kalangan dayus.

Dayus ialah golongan yang dilaknat Allah SWT dan diharamkan syurga ke atas mereka. Dalam bab ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kecemburua­n itu, termasuk sebahagian daripada iman, midzak (membenarka­n lelaki lain ke dalam rumah ( juga rumah tangga) kemudian dibiarkan bersama isterinya itu, termasuk sifat munafik.” (Riwayat Bazar dan Baiha)

Cari kasih sayang suami

Pada siri perbincang­an yang lalu, Muhammad menyimpulk­an, ciri isteri solehah dalam ayat di atas adalah wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya.

Melayani suaminya dengan cara yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluann­ya.

Menjaga rahsia dan amanah suami. Selalu kelihatan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangk­annya.

Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya.

Oleh yang demikian ciri seseorang wanita solehah itu haruslah yang memelihara maruah suaminya iaitu, dengan menjaga diri dan harta suaminya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia