Berita Harian

Islam pentingkan hubungan baik dengan jiran

-

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai perempuan Muslimat janganlah engkau menghina seorang jiran kepada jiran tangga yang lain, sekali pun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing.” (Riwayat al-bukhari dan Muslim)

Islam mengajak umatnya supaya sentiasa berbaik-baik antara jiran demi menjamin kehidupan aman damai dan harmoni.

Jiran adalah orang yang terdekat dengan kita. Pada saat kita berada dalam kecemasan, jiran adalah orang terdekat yang boleh membantu, sementara menunggu sanak saudara yang tinggal lebih jauh datang membantu.

Malaikat beri pesanan

Pentingnya hubungan jiran tetangga ini sehinggaka­n Malaikat Jibril pernah berpesan kepada Rasulullah perihal berbaik-baik dengan jiran tetangga.

Seperti yang diriwayatk­an Ibnu Umar dan Aishah, sabda Rasulullah SAW: “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran.” (Riwayat al-bukhari dan Muslim)

Allah SWT turut berfirman dalam al-quran mengenai kewajipan sesama manusia, termasuk jiran tetangga yang bermaksud: “Sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu memperseku­tukan-nya dengan sesuatupun.

Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba sahayamu. Sesungguhn­ya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” (Surah an-nisaa, ayat 36)

Pentingnya hubungan jiran tetangga ini sehinggaka­n Malaikat Jibril pernah berpesan kepada Rasulullah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia