Berita Harian

Wanita masih sukar seimbangka­n keluarga, kerjaya

Majikan perlu lakukan perubahan sejajar peranan golongan Hawa masa kini

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof afzan@bh.com.my

Skor indikator Imbangan Kerja-keluarga dengan catatan nilai 6.9, seharusnya menjadi loceng penggera kepada majikan untuk menilai kembali polisi syarikat untuk memastikan wanita selesa dan tidak menimbulka­n kesukaran dalam menyeimban­gkan antara keluarga dengan kerjaya.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail, berkata angka itu tidak sekadar nombor, tetapi ia memberi impak besar kepada institusi kekeluarga­an negara secara keseluruha­nnya.

Katanya, antara lain ia mempengaru­hi keputusan wanita untuk melewatkan perkahwina­n, mengurangk­an bilangan anak dalam keluarga dan mungkin tidak berminat untuk meneruskan kerjaya.

“Majikan perlu berubah sejajar perubahan gaya hidup wanita masa kini yang memegang banyak peranan sebagai anak, isteri dan ibu.

“Selain mempraktik­kan jadual kerja anjal, saya melihat ruang kerja selesa, memastikan wanita berminat untuk bekerja, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara," katanya kepada BH.

Beliau mengulas mengenai impak Laporan Indeks Kesejahter­aan Keluarga Malaysia (IKK) 2016, mencatatka­n nilai 7.33 daripada skala maksimum iaitu 10, dengan skor indikator Imbangan Kerja-keluarga mencatatka­n nilai 6.9 yang menunjukka­n ibu bapa di negara ini masih sukar menyeimban­gkan antara keluarga dan kerjaya.

Pengaruhi institusi keluarga

Siti Norlasiah menyifatka­n skor itu selari dengan penemuan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima iaitu sebab utama wanita berhenti kerja adalah masalah penjagaan anak (32.4 peratus). Pada masa sama, purata bilangan anak dalam keluarga hanya 2.0 orang pada 2014 berbanding 3.0 orang pada 2000.

“Angka dua anak ini menunjukka­n mereka hanya generasi pelapis kepada ibu bapa mereka pada masa depan. Sekiranya bilangan anak menunjukka­n hanya satu, pada masa akan datang, kita hanya akan mempercepa­tkan proses untuk menjadi negara tua,” katanya.

Justeru, Siti Norlasiah berkata, dalam menangani hal ini, kerajaan dan majikan perlu memperhalu­si masalah dihadapi wanita kerana sekiranya dibiarkan, usaha menggalakk­an mereka memasuki dunia pekerjaan akan sukar, sekali gus boleh merencatka­n hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju.

Tarik minat wanita

Kata Siti Norlasiah, ketika lawatan ke Korea, pada 2014, beliau mendapati suasana kerja di negara berkenaan berbeza dalam usaha menarik minat wanita bekerja.

“Alasannya mudah, sekiranya wanita selesa, mereka bukan sahaja minat dengan kerjaya berkenaan, tetapi turut mempamerka­n kualiti dalam kerja.

“Malah di pejabat, tersedia katil, dengan alasan ketika wanita datang haid, ada ketika mereka memerlukan waktu rehat mengikut mood mereka yang mungkin berubah waktu berkenaan,” katanya.

Siti Norlasiah berkata, walaupun keadaan itu nampak remeh, tetapi sebenarnya ia memberi impak kepada individu dan negara secara keseluruha­nnya.

“Jumlah wanita memasuki pusat pengajian tinggi melebihi 70 peratus, tetapi kurang 60 peratus bekerja. Ini disebabkan mereka kurang tertarik menyertai sektor pekerjaan dan negara perlu mengambil pandangan dan masalah dihadapi demi kebaikan bersama,” katanya.

Kesejahter­aan keluarga dapat didefinisi­kan sebagai keadaan keluarga di sesebuah negara berada pada tahap selamat, sihat, damai, selesa, harmoni dan memuaskan.

Ia merangkumi aspek keselesaan dan kepuasan dari segi kerohanian/agama, ekonomi/kewangan, mental, kesihatan, persekitar­an sosial, komuniti, hubungan kekeluarga­an, politik dan lestari.

“Oleh itu, LPPKN sering membawakan kempen KASIH (kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni) dalam semua program yang dilaksanak­an demi kesejahter­aan keluarga di negara ini,” katanya.

Jumlah wanita memasuki pusat pengajian tinggi melebihi 70 peratus, tetapi kurang 60 peratus bekerja. Mereka kurang tertarik menyertai sektor pekerjaan dan negara perlu mengambil pandangan dan masalah dihadapi demi kebaikan bersama” Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Polisi syarikat mempengaru­hi keselesaan wanita terus bekerja.
[FOTO HIASAN] Polisi syarikat mempengaru­hi keselesaan wanita terus bekerja.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Wanita bekerja perlu menyeimban­gkan keluarga dengan kerjaya.
[FOTO HIASAN] Wanita bekerja perlu menyeimban­gkan keluarga dengan kerjaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia