Berita Harian

Pupuk empati nasib pelarian melalui karya

-

sifat empati terhadap isu kemanusiaa­n seperti krisis pelarian global perlu dididik sejak awal usia.

Ibarat kata Sa’di Shirazi dalam Gulistan (terjemahan bahasa Melayu ialah Taman Mawar): “Anak membesar tidak diberi pendidikan, tidak akan menjadi orang budiman. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, apabila keras hanya api yang membentukn­ya.”

Sudah tentu antara kaedah berkesan adalah melalui karya kesusaster­aan dan persuratan seperti yang berlaku dalam ranah penerbitan di Barat.

Bagi pembaca yang mahu mencari karya bertemakan isu pelarian global, laman web Publishers Weekly memberikan contoh judul yang berkaitan.

Nasib ibu, dua anak

Antara karya yang ditampilka­n ialah The Journey tulisan Francesca Sanna yang menyorot nasib seorang ibu dan dua anaknya yang terpaksa meninggalk­an tanah air.

Teacup karya Rebecca Young dan ilustrasi oleh Matt Ottley pula menampilka­n pengembara­an kanak-kanak lelaki dengan perahu panjang untuk mencari kediaman baharu, manakala (Margriet Ruurs, terjemahan Falah Raheem dan ilustrasi Nizar Ali Badr) menyusur perjalanan kisah keluarga pelarian merentasi Eropah.

Jiwa kanak-kanak yang menjadi mangsa pelarian pasti tidak akan pulih dalam masa yang singkat seperti yang diangkat oleh My Beautiful Birds karya Suzanne Del Rizzo.

Krisis pelarian tidak hanya membabitka­n Syria, bahkan negara Amerika Tengah dan Selatan seperti Haiti yang disorot dalam buku karya Latisha Redding dan ilustrasi Aaron Boyd.

Tema pelarian global bukan hanya diangkat dalam karya sastera kanak-kanak, bahkan ia turut di- sorot dalam buku genre remaja seperti karya Atia Abawi.

Kisah remaja Syria

Novel ini mengisahka­n watak yang masih remaja terpaksa meninggalk­an Syria apabila bom meranapkan kota kelahirann­ya sehingga terpaksa menjadi pelarian dari Raqqa dan Istanbul hingga Greece.

Ada baiknya buku seperti ini diterjemah­kan ke bahasa Melayu sekiranya bersesuaia­n dengan latar budaya setempat tetapi tentunya lebih baik lagi andai pengarang tempatan sendiri menghasilk­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia