Berita Harian

Syawal Yang Disalah Erti

-

Syawal berhentila­h memakai busana indah-indah itu tidak menutup serimba gundah. berhentila­h mengalung lehermu dengan mutiara itu tidak memadam selaut lara.

Syawal engkau dirawi dengan kemboja di pusara engkau dirai, dengan pohon keluarga. tapi bukan itu yang kau pinta. kau tidak mahu menjadi punca pecahnya keluarga, pudarnya ziarah bila, kau kembali pulang ke rumah. dan motivasi ini dilihat bersesuaia­n seperti secara umumnya manusia memerlukan sesuatu yang boleh membimbing kita, seterusnya menuju kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Usaha DBP martabat bahasa kebangsaan

“Inisiatif seumpama ini akhirnya nanti berbalik kepada tujuan DBP dalam usaha memartabat­kan bahasa kebangsaan, sekali gus menjadi pelengkap kepada perkembang­an bahasa dan sastera itu sendiri,” katanya kepada Sastera&budaya di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Abang Haliman berkata, DBP bertanggun­gjawab bagi melahir- kan karya dalam pemikiran menerusi bidang penulisan sungguhpun kehidupan diasak dengan pelbagai cabaran.

“Pertemuan seumpama ini dapat membentuk masyarakat bersatu padu, saling faham-memahami antara satu sama lain dan sentiasa berfikir ke hadapan dengan melihat kepentinga­n perpaduan dan ilmu bagi membangunk­an negara berdaulat,” katanya.

Pada acara itu, sembilan deklamator mendeklama­sikan puisi bagi memuliakan bulan lebaran, sekali gus merancakka­n ruangan aktiviti sastera.

Kakitangan DBP, Nurul Fitriaina Mohd Saleh membacakan puisi

karya Osman Malek yang menyorot kesederhan­aan dan keinsafan menyambut perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia