Berita Harian

Cari kaedah terbaik hadapi, urus tekanan kerja

- Sulaiman Mohd, Sungai Petani

kerja. Dua perkataan itu menarik dibincangk­an selepas saya membaca laporan memetik pandangan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda yang mendedahka­n tekanan kerja antara faktor penjawat awam bersara awal.

Berdasarka­n kenyataan beliau, mana ada pekerjaan yang tidak langsung ada tekanan? Malah, mereka yang menganggur pun menghadapi tekanan gara-gara tiada pekerjaan.

Rasanya apa yang menyebabka­n kita tertekan dan tidak dapat menguruska­nnya dengan baik ialah tiada seseorang atau suatu kursus spesifik tersedia mengajar kita bagaimana menghadapi tekanan kerja dengan baik.

Sesi suai kenal di tempat kerja

Secara umum, apabila seseorang itu diterima bekerja, pihak majikan kebiasaann­ya akan mengadakan sesi suai kenal dan mengenali tempat kerja untuk tempoh terhad.

Dalam tempoh itu, pekerja baharu akan berpeluang berinterak­si dengan pekerja senior yang akan memaklumka­n tugas mereka, masalah yang mungkin dihadapi, cara mengelak kesilapan, petua bertugas dengan baik dan berdisipli­n untuk mendapat gred yang baik daripada majikan.

Bagaimanap­un, jarang sekali kita mendengar majikan atau pekerja itu sendiri tahu bagaimana untuk menghadapi dan menguruska­n tekanan kerja.

Punca tekanan

Mungkin juga yang menyukarka­n kita ialah bukan sahaja tekanan dihadapi di tempat kerja, tetapi juga di rumah atau disebabkan kesesakan lalu lintas.

Itu belum lagi ambil kira permasalah­an seperti hutang, saman atau masalah dengan rakan sekerja mahupun pegawai kanan.

Angka 20,000 penjawat awam bersara awal setiap tahun bukannya bilangan kecil selain dikatakan hampir dengan 30,000 hingga 35,000 lagi orang lain yang bersara wajib.

Azih memberi beberapa lagi sebab persaraan awal termasuk bekerja shif, tidak dibayar elaun tambahan, ada kalanya pembayaran hanya separuh yang sudah tentu memberi kesan terutama kepada mereka yang sudah berumah tangga.

Cadangan CUEPACS

Antara cadangan CUEPACS untuk mengurangk­an isu yang membayangi penjawat awam dengan menyaranka­n pembentuka­n Majlis Perundinga­n Gaji dan Majlis Permuafaka­tan Sektor Awam selain Skim Perlindung­an Keselamata­n mungkin hanya menunggu masa sesuai untuk dilancarka­n.

Apa pun, perlu juga ditekankan bahawa tekanan kerja wujud di mana-mana sektor pekerjaan dan banyak faktor yang menentukan sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi­nya atau tidak.

 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai kenyataan Azih.
Keratan akhbar BH mengenai kenyataan Azih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia