Berita Harian

DUA PUTERA DIANA

Kesal seumur hidup

-

Pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahka­n ada berbual dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Perbualan singkat itu kini kekal dalam fikiran William dan Harry.

“Ibu bercakap dari Paris, saya tidak berapa ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang pasti betapa singkatnya perbualan itu menjadi penyesalan seumur hidup saya,” kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentar­i mengingati mendiang puteri itu.

William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun ketika ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurun­an Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandung­i alkohol melebihi had dibenarkan, juga maut dalam tragedi itu.

Ketika kejadian, kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands dan William sebelum itu sempat memberitah­u Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

Terburu-buru ucapkan ‘bye’

“Saya dan Harry terburu-buru mengucapka­n selamat tinggal, anda tahu ungkapan ‘jumpa lagi’, jika saya tahu apa akan berlaku, sudah pasti saya tidak akan berkelakua­n endah tak endah saja mengenainy­a.

“Namun panggilan telefon itu kekal dalam ingatan sehingga kini,” kata William.

Penerbit Eksekutif dokumentar­i Diana, Our Mother: Her Life and Legacy, Nick Kent, berkata tiada siapa pernah berkongsi kisah ini dari sudut pandang dua insan yang lebih mengenali mendiang berbanding orang lain. Insan yang paling menyayangi mendiang iaitu anak-anaknya.

“Saya rasa anda akan melihat sudut peribadi Diana di sini,” kata Kent kepada Reuters.

 ??  ??
 ?? [FOTO REUTERS] ?? Gambar Diana mendukung William ketika sedang mengandung­kan Harry yang disiar dalam dokumentar­i khas.
[FOTO REUTERS] Gambar Diana mendukung William ketika sedang mengandung­kan Harry yang disiar dalam dokumentar­i khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia