Berita Harian

Warga AS perlu dapat pengesahan ke Pyongyang

-

Washington: Kerajaan Amerika Syarikat bersuara, kelmarin melarang rakyatnya daripada berkunjung ke Korea Utara berikutan risiko ‘penahanan jangka panjang’ di negara itu.

Tindakan itu berikutan nasib yang menimpa seorang pelajar AS apabila dipenjarak­an ketika melakukan lawatan ke Pyongyang tahun lalu dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata, Setiausaha Negara Rex Tillerson meluluskan satu ‘Sekatan Perjalanan Geografi’ ke atas rakyat AS untuk melarang mereka daripada memasuki Korea Utara.

“Sebaik ia berkuat kuasa, pasport AS menjadi tidak sah untuk melakukan perjalanan ke Korea Utara dan individu berkenaan perlu mendapatka­n pasport dengan pengesahan khas bagi membuat kunjungan ke negara terbabit,” kata Nauert.

Tindakan itu berikutan kebimbanga­n yang semakin meningkat berhubung risiko ditangkap dan penahanan jangka panjang di bawah sistem penguatkua­saan undangunda­ng Korea Utara.

Tolak tuduhan

Otto Warmbier, 22, warga AS dijatuhkan hukuman kerja berat 15 tahun di Korea Utara kerana cuba mencuri tanda propaganda ketika masuk sebagai pelancong.

Dia kembali ke AS dalam keadaan koma pada 13 Jun selepas dibebaskan atas dasar kemanusiaa­n dan meninggal dunia 19 Jun.

Punca mengakibat­kan kematianny­a tidak jelas, termasuk mengapa dia jatuh koma.

Korea Utara berkata menerusi media kerajaan, kematian Warmbier adalah satu ‘misteri’ dan menolak tuduhan mangsa maut akibat disiksa dan dipukul ketika dalam tahanan.

Pyongyang ketika ini menahan dua rakyat Korea-as, seorang paderi Kanada dan tiga warga Korea Selatan yang menjadi mubaligh.

Jepun pula mendakwa, negara itu menahan berpuluh-puluh rakyatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia