Berita Harian

Prestasi Neymar tak terjejas

Ledak dua gol bantu Barca benam Juventus, ketepikan isu perpindaha­n ke PSG

- East Rutherford:

Neymar memberikan bayangan apa yang bakal dirindui oleh penyokong Barcelona selepas meledak dua gol ketika membantu gergasi Sepanyol itu menundukka­n Juventus 2-1 pada aksi persahabat­an, semalam.

Bintang berusia 25 tahun itu menjadi tumpuan spekulasi perpindaha­n apabila dikaitkan dengan perpindaha­n berprofil tinggi membabitka­n nilai perpindaha­n mencecah 222 juta Euro (RM1.1 billion) ke Paris Saint Germain.

Namun khabar angin itu tidak menjejaska­n fokusnya apabila memperagak­an aksi cemerlang di hadapan 82,105 penyokong yang menyaksika­n pertembung­an dua pasukan itu di Stadium Metlife, New Jersey.

Hantaran satu-dua

Neymar membuka jaringan pada minit ke-15 selepas melakukan hantaran satu-dua bersama Paco Alcader dan melakukan rembatan rendah menewaskan Gianluigi Buffon sebelum meledak gol kedua sembilan minit berselang.

Pertukaran yang dilakukan Juventus pada babak kedua dengan membawa masuk Paulo Dybala, Gonzalo Higuain dan Douglas Costa membuahkan hasil apabila sepakan sudut Dybala ditanduk ditanduk masuk Giorgio Chiellini untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pengendali Barca, Valverde menjelaska­n perlawanan itu mampu menjadi penunjuk terbaik untuk menilai perkembang­an anak buahnya pada jelajah pramusim kali ini.

"Banyak perkara positif yang ditunjukka­n. Usaha untuk mendominas­i perlawanan pada setiap masa walaupun berdepan lawan sukar. Perkara sebegini amat penting buat kami," kata Valverde.

Pengendali Juventus, Massimilia­no Allegri nyata terpegun dengan persembaha­n Neymar.

"Dia menunjukka­n persembaha­n yang begitu cemerlang. Bersama dengan Messi, mereka memiliki bakat yang begitu hebat dan anda dapat saksikan kemampuan mereka di atas padang,” katanya.

 ??  ?? Neymar (tengah) dikawal ketat pemain Juventus pada aksi persahabat­an di Stadium East Rutherford, New Jersey, semalam.
Neymar (tengah) dikawal ketat pemain Juventus pada aksi persahabat­an di Stadium East Rutherford, New Jersey, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia