Berita Harian

Selangor lebih bernasib baik: Zahasmi

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail menyifatka­n Selangor lebih bernasib baik selepas pasukannya tewas 0-1 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.

Katanya, pemainnya sudah mempamerka­n aksi terbaik sepanjang permainan, namun hanya ketumpulan jentera serangan gagal menyudahka­n deretan peluang untuk memecahkan kebuntuan jaringan.

“Bagi saya inilah bola sepak, kita kena terima hakikat apabila melakukan sedikit kesilapan, lawan akan mendapatka­n gol.

“Kedua-dua pasukan bermain dengan corak permainan pantas, tapi Selangor lebih bernasib baik dan pemain saya sudah beraksi bersungguh-sungguh.

Rampas tempat keempat

“Kita tidak dapat menjaringk­an gol dengan beberapa peluang yang ada, dan Selangor hanya mendapat satu peluang, tapi mereka menjaringk­an gol,” katanya selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksika­n Selangor merampas kedudukan keempat daripada FELDA United sementara Kelantan jatuh ke kedudukan kelima liga apabila hanya mengutip 17 mata selepas 17 perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Selangor, P Maniam menghambur­kan pujian buat anak buahnya yang mempamerka­n aksi penuh berdisipli­n dan mengikut segala perancanga­n.

"Kami bermain baik di babak pertama, walaupun tanpa Rufino Segovia dan Andik Vermansyah tapi kami berjaya mendahului 1-0. Cuma di babak kedua kami lebih kepada bertahan kerana tidak mahu gawang dibolosi dan kami berjaya.

"Amri Yahyah sangat konsisten dan dia bekerja keras setiap perlawanan. Begitu juga Francis Forkey Doe dan pemain lain yang turut membantu pasukan mendapat kemenangan,” katanya.

 ??  ?? Forkey Doe membuat percubaan di depan gawang Kelantan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.
Forkey Doe membuat percubaan di depan gawang Kelantan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia