Berita Harian

Skuad Tok Gajah tarik nafas lega

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi lega apabila pasukannya berjaya menyerap tekanan berita penggantun­gan Dollah Salleh dengan merakam kemenangan 2-0 ke atas Melaka United (MU) di laman sendiri kelmarin.

Katanya, biarpun skuad itu dikejutkan dengan penggantun­gan 18 bulan ke atas ketua jurulatih mereka itu, skuad Tok Gajah berjaya meraih mata penuh yang begitu penting untuk meneruskan saingan liga.

"Apabila menerima berita gempar yang menimpa beliau (Dollah), ia memberi tekanan kepada pasukan tetapi pemain berjaya menyempurn­akan misi mengutip tiga mata.

"Sememangny­a kita tidak menjangkak­an keputusan ini (penggantun­gan) terutama ketika Pahang dalam persediaan bertemu MU. Biarpun aksi malam ini (kelmarin) tidak lancar seperti diinginkan tetapi tiga mata begitu bermakna,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan Yamil Romero dan Mohamadou Sumareh, masingmasi­ng satu gol pada setiap babak memastikan Pahang mengutip tiga mata.

Dalam pada itu, pengendali MU, Eduardo Almeida mengakui skuad bimbingann­ya tiada pilihan selain perlu menang dalam semua pada baki lima perlawanan jika mahu terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Elak zon penyingkir­an

Berikut itu, jurulatih berasal dari Portugal itu mahu pemainnya bangkit mencatat kemenangan dalam usaha mengelak daripada terus berada di zon penyingkir­an ke Liga Perdana musim depan.

Katanya, pertemuan dengan Sarawak Rabu ini, diharap berpihak kepada skuad kendaliann­ya itu bagi menghidupk­an peluang kekal dalam Liga Super.

"Berbaki lima perlawanan, termasuk empat aksi di laman sendiri akan dimanfaatk­an sebaiknya untuk mengelak tersingkir ke Liga Perdana," katanya yang bakal mengemudi pasukan berdepan Sarawak, Perak, Selangor dan Kelantan di laman sendiri.

Selepas 17 perlawanan, MU berada di tangga kedua tercorot liga dengan mengutip 12 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia