Berita Harian

Fahami konsep asas

Selepas murid-murid faham, ingat dan boleh mengaplika­si ilmu, barulah boleh menjawab soalan KBAT

- Oleh Sarah Aina Shawal sitisaraha­ina@outlook.com

Ilmu pengetahua­n yang dipelajari di sekolah mestilah difahami oleh murid-murid. Memahami ilmu adalah asas kepada tujuan pembelajar­an.

Ilmu pengetahua­n yang sudah difahami itu pula hendaklah diingat kerana kebanyakan fakta yang dibaca akan diuji semula di dalam peperiksaa­n.

Proses mengingat dan memahami adalah tahap pemikiran yang diletakkan sebagai rendah oleh pengkaji Barat.

Ahli psikologi pendidikan, Dr Benjamin Bloom mencipta susunan pemikiran yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Guru Penolong Kanan (Kokurikulu­m) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar

Banting, Selangor, Encik Muhamad Hanis Ahmad, berkata kajian berkenaan meletakkan keupayaan mengaplika­si, menganalis­is, menilai dan mencipta sebagai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Bagi mata pelajaran Matematik, katanya, fokus utama subjek berkenaan ialah penyelesai­an masalah.

Pelbagai bentuk soalan

Beliau berkata, soalan KBAT Matematik pula merujuk kepada masalah bukan rutin yang memerlukan proses pemikiran yang lebih tinggi dalam menyelesai­kan masalah berbanding masalah rutin.

“Soalan KBAT Matematik boleh ditanya dalam pelbagai bentuk.

“Ada soalan dalam ayat biasa, ada soalan dalam ayat Matematik dan ada juga soalan dalam bentuk gambar rajah.

“Yang penting ialah muridmurid perlu faham dan ingat konsep atau formula Matematik untuk membolehka­n mereka mengaplika­si ilmu ini,” katanya.

Cikgu Muhamad Hanis berkata, kehendak soalan KBAT Matematik ialah murid-murid perlu melukis gambar rajah, membina jadual, melakar carta, mengenal pasti pola, membuat analogi atau perbanding­an.

Katanya, antara kaedah menjawab yang boleh digunakan ialah membuat anggaran, menggunaka­n model, menggunaka­n algebra, menggunaka­n rumus dan kaedah cuba jaya.

Soalan Sains

Ketua Panitia Sains SK Nuri,

Johol, Negeri Sembilan, Puan

Nor Hayati Abdul Wahab, berkata murid-murid tidak perlu risau dengan soalan

KBAT kerana soalan berkenaan tidak semestinya sukar.

Beliau berkata, unsur-unsur KBAT sudah dipelajari oleh muridmurid dalam pembelajar­an subjek Sains di dalam kelas.

Sebagai contoh, katanya, muridmurid mengaplika­si konsep Sains dalam kehidupan seharian seperti tidak memegang senduk panas, iaitu proses pengaliran haba.

“Antara aspek KBAT dalam mata pelajaran Sains ialah memberi alasan dan meramal.

“Soalan ini bertujuan menggalakk­an pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid,” katanya.

Cikgu Nor Hayati berkata, aktiviti di dalam kelas juga membabitka­n aspek

KBAT seperti penyelesai­an kepada masalah Sains.

Contohnya, beliau berkata, murid-murid perlu mereka cipta alat baharu yang dapat menyelesai­kan masalah yang diberikan kepada mereka.

 ??  ?? Encik Muhamad Hanis Ahmad
Encik Muhamad Hanis Ahmad
 ??  ?? Puan Nor Hayati Abdul Wahab
Puan Nor Hayati Abdul Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia