Berita Harian

Pupuk rasa cinta terhadap alam sekitar

Program Think Green bantu mewujudkan bandar hijau di Pulau Pinang

- Oleh Norhaslind­a Abd Wahid bhdidik@bh.com.my

Program pendidikan Think Green di Pulau Pinang sejak lebih tiga tahun lalu bertujuan meningkatk­an kesedaran penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak.

Projek membabitka­n pembelajar­an di luar bilik darjah itu dijalankan oleh syarikat pembanguna­n hartanah, Eastern & Oriental (E&O) Berhad dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pengurus Besar E&O Property Sdn Bhd, Encik Zawawi Yusop, berkata sebanyak enam buah sekolah rendah termasuk sebuah tadika sekitar Tanjung Tokong terpilih menyertai program Think Green.

Antara lain, beliau berkata, program berkenaan menggalakk­an kanak-kanak melakukan pertanian bandar seperti menanam makanan di ruang kecil.

“Pertanian bandar mampu memberikan idea kepada kanak-kanak untuk berfikir tentang sumbangan yang mereka patut lakukan untuk terus menjaga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku Think Green di sini, baru-baru ini.

Bandar hijau

Encik Zawawi berkata, program Think Green adalah sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan untuk membantu mewujudkan bandar hijau di negeri Pulau Pinang.

Katanya, antara sekolah yang terbabit dalam program itu ialah Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Hun Bin, SJK Tamil Azad dan Tadika Tadis Ar-rasyiddin.

Sementara itu, Guru Tadika Tadis Ar-rasyiddin,puan Rosnani Mohd

Rashid, berkata program pendidikan itu berjaya membantu kanak-kanak dalam penjagaan alam sekitar.

Beliau berkata, program penjagaan alam sekitar untuk kanak-kanak itu dapat memupuk kesedaran mengenai kepentinga­n tumbuh-tumbuhan kepada manusia, kepentinga­n rantaian makan dan juga cara untuk menanam pokok.

“Kanak-kanak ini juga diajar teknik untuk mengompos sisa dapur seperti sayur-sayuran dan kulit telur bagi memelihara alam semula jadi untuk generasi masa hadapan,” katanya.

 ?? (FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL) ?? Encik Zawawi Yusop (tengah barisan belakang) bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong dan Tadika Ar-rasyiddin sambil menunjukka­n buku Think Green di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
(FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL) Encik Zawawi Yusop (tengah barisan belakang) bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong dan Tadika Ar-rasyiddin sambil menunjukka­n buku Think Green di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia