Berita Harian

PM patahkan tuduhan

Tiada lagi urus niaga sebelah pihak, kepentinga­n rakyat diutama

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Faris Fuad

Datuk Seri Najib Razak membentang­kan fakta kejayaan, pencapaian ekonomi negara di hadapan 1,500 pelabur dan pengurus dana antarabang­sa di Invest Malaysia 2017 semalam, sekali gus mematahkan tuduhan pembangkan­g

FDI MENINGKAT

→ HSBC labur RM1 bilion bina ibu pejabat serantau di TRX Saudi Aramco labur AS$7 bilion di Pengerang Huawei labur RM2.2 bilion tubuh ibu pejabat operasi global

PENDAPATAN / PEKERJAAN BERTAMBAH

→ PNK perkapita naik 50 peratus kepada AS$12,235 hampiri sasaran negara pendapatan tinggi 2.26 juta pekerjaan baharu diwujudkan sejak 2009

PENGIKTIRA­FAN BADAN DUNIA

Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuha­n KDNK tahun ini kepada 4.9 peratus IMF iktiraf Malaysia antara paling pesat berkembang hasil dasar ekonomi mantap Penilaian OECD sahkan kejayaan transforma­si ekonomi Malaysia

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan pimpinanny­a sekarang sedang menghapusk­an amalan kroni kapitalis dengan tiada lagi urus niaga sebelah pihak, tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang dan tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi.

Menurut Perdana Menteri, disebabkan amalan itu, rakyat yang terpaksa menanggung dan kerajaan tidak akan menerima lagi hanya segelintir berjaya, yang bukan di atas merit mereka sendiri, sambil ramai yang dinafikan peluang, semua demi kepentinga­n sesetengah pihak.

Berikutan itu kata beliau, kerajaan pimpinanny­a tidak menggunaka­n jalan mudah atau populis seperti dilakukan pembangkan­g, kerana mahu meletakkan kepentinga­n rakyat di hadapan, daripada kebajikan ekonomi hinggalah keselamata­n. Katanya, contoh paling ketara ialah idea pembangkan­g mahu memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dianggap seorang penganalis­is bebas terkemuka Malaysia, Pengarah Ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia sebagai ‘tidak munasabah’ dan ‘mengarut dari segi ekonomi’.

Guna jalan mudah

“Ia satu lagi contoh apa yang dilakukan pembangkan­g semasa berdepan keputusan yang sukar, mereka menggunaka­n jalan mudah atau populis, tidak mengira sama ada ia wajar atau boleh dilaksanak­an. Mereka tidak berlaku jujur dengan rakyat. Kerajaan ini, bagaimanap­un, akan sentiasa jujur dengan rakyat dan akan sentiasa melakukan perkara yang betul demi rakyat.

“Malah, jika ia bukan perkara paling popular untuk dilakukan, kami tidak akan teragak-agak, kerana ia adalah tanggungja­wab untuk negara. Ini juga salah satu sebab saya tidak popular dengan seseorang yang berusia 90-an. Di bawah kepemimpin­annya, banyak perkara dilakukan dengan cara yang mudah, dan rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi supaya segelintir rakannya mendapat manfaat, malah banyak keputusan yang dahsyat dan mendatangk­an masalah terpaksa dibuat ke atas simbol kebanggaan negara,” katanya.

Najib berucap pada persidanga­n tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL), di sini semalam. Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Mengenai pembangkan­g, Najib menyifatka­n parti gabungan itu sebagai kumpulan terdesak, berbalah sesama sendiri seperti persembaha­n boneka dan berharap kepada individu berumur lebih 90 tahun untuk memimpin mereka.

Perdana Menteri berkata individu terbabit adalah ‘nonagenari­an’ (berumur lebih 90 tahun), bukan Ahli Parlimen dan mempunyai hanya satu kerusi Parlimen.

Dipercayai, Najib merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun.

Pembangkan­g huru-hara

Katanya, pakatan pembangkan­g ketika ini huru-hara dan tidak dapat membuat sebarang keputusan secara sebulat suara membabitka­n isu kewujudan pakatan lama di Selangor.

‘Ya wujud’ kata seorang,’'oh tidak wujud’ kata seorang lagi. (Situasi berkenaan) macam persembaha­n boneka Punch and Judy. Struktur pimpinan baharu pakatan pembangkan­g mengarut, ia dilihat seperti program kerja bagi pesara politik,” katanya.

Punch and Judy adalah persembaha­n boneka ganas yang menampilka­n Mr Punch dan isterinya Judy. Persembaha­n itu biasanya dibuat dalam turutan babak pendek, mengetenga­hkan interaksi dua karakter, biasanya Mr Punch dan satu lagi watak yang selalunya menjadi mangsa pukulan Mr Punch.

Selain itu, Perdana Menteri berkata struktur pemimpin baharu itu juga hanya sekadar ‘tipu helah’, dengan tiga daripada pemimpinny­a tidak mempunyai kepastian siapa dalam kalangan mereka mempunyai kuasa eksekutif.

Mengulas mengenai perkembang­an syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Najib berkata langkah rasionalis­asi syarikat berkenaan ketika ini berjalan dengan lancar dan kebanyakan aset yang sebelum ini dimiliki syarikat 1MDB, meningkat.

“Seseorang hanya perlu memandu di hadapan Tun Razak Exchange untuk melihat proses pembinaan baharu untuk kepastian (aset 1MDB meningkat). Tetapi jangan lupa wujud isu membabitka­n 1MDB, segelintir ahli politik suka memperbesa­rkan sesuatu isu, sabotaj syarikat (1MDB), sebagai usaha untuk menjatuhka­n kerajaan antara kitaran musim pilihan raya,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Najib bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti, Tan Sri Ranjit Ajit Singh; Mustapa, Johari, Amirsham dan Ali Hamsa pada pelancaran pasaran LEAP sempena Invest Malaysia Kuala...
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Najib bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti, Tan Sri Ranjit Ajit Singh; Mustapa, Johari, Amirsham dan Ali Hamsa pada pelancaran pasaran LEAP sempena Invest Malaysia Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia