Berita Harian

PANDU DI LORONG KECEMASAN

Tertuduh didakwa semula selepas pengakuan sebelum ini diwakili pegawai khas

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Bekas Timbalan Ketua Pengarah JPJ tukar pengakuan tak bersalah

Kes kontrovers­i bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), yang hanya didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku salah memandu di lorong kecemasan, 18 Julai lalu, menukar pengakuan apabila didakwa semula semalam.

Datuk Yusoff Ayob, 58, yang hadir di mahkamah, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Yusoff selaku orang kena saman (OKS) didakwa memandu di lorong kecemasan menggunaka­n kenderaan bernombor BLY 68, di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya, pada jam 6.27 malam, 7 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkut­an 1987 yang memperuntu­kkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan manakala Yusoff diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu.

Sebutan semula 21 Ogos

Mahkamah menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatka­n keputusan representa­si.

Terdahulu, Muhammad Izzat memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahka­n semua dokumen itu sebelum perbicaraa­n.

Ia berikutan Baljit Singh akan mengemukak­an representa­si terhadap pertuduhan ke atas anak guamnya itu.

Yusoff yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) tidak hadir ketika didakwa sebelum ini dan diwakili pegawai khasnya mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Pada 21 Julai lalu, Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ab Karim Ab Rahman, mengarahka­n Yusoff didakwa semula, dalam satu permohonan semakan semula kes berkenaan.

Wang denda RM600 yang dibayar dikembalik­an dan kes itu akan dibicaraka­n semula di hadapan majistret lain.

Sementara itu, di luar mahkamah, Baljit memberitah­u, anak guamnya tidak hadir ke mahkamah dalam prosiding lalu berikutan tidak mendapat nasihat guaman sewajarnya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Yusoff (kiri) bersama Baljit Singh hadir di Mahkamah Majistret di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Yusoff (kiri) bersama Baljit Singh hadir di Mahkamah Majistret di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia