Berita Harian

PENGORBANA­N CIK SENAH

Wanita rayu bantuan orang ramai bagi ringan bebanan

- Oleh Syaheerah Mustafa Untuk menjimatka­n susu dan lampin, saya terpaksa mengurangk­an kuantiti susu kepada Zakaria, selain hanya menukar lampin sekali sehari” Che Senah Che Dollah, Warga tua

Warga emas terpaksa sara, jaga suami dan anak lumpuh

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib menimpa warga tua, Che Senah Che Dollah, 65, yang terpaksa menjaga suami dan anak lumpuh.

Suaminya, Majid Che Tok, 75, lumpuh selepas menjalani pembedahan apendiks sejak 30 tahun lalu, manakala anaknya, Zakaria Majid, 46, diserang angin ahmar tahun lalu sebelum menjadi semakin teruk selepas menjalani pembedahan di kepala sebulan lalu.

Sebelum ini, Che Senah dan suaminya bergantung harap kepada Zakaria untuk menampung keluargany­a memandangk­an dia tidak boleh bekerja kerana menghidap kencing manis.

Hilang tempat bergantung

“Selepas Zakaria sakit dan lumpuh, saya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meneruskan kehidupan seharian, selain turut menjaga cucu, Mohd Hafiz Rizal, 12, yang juga anak yatim.

“Bantuan diterima memang tidak mencukupi kerana saya perlu menyediaka­n susu formula dan lampin pakai buang untuk Zakaria sebanyak RM600 sebulan.

“Untuk menjimatka­n susu dan lampin, saya terpaksa mengurangk­an kuantiti susu kepada Zakaria, selain hanya menukar lampin sekali sehari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Degong, Lubok Stol, di sini.

Che Senah berkata, jika suaminya mampu bekerja, dia tidak bimbangkan nasib menimpa mereka, namun suaminya juga tidak mampu melakukan kerja, malah hanya mengengsot untuk bergerak.

“Zakaria sebelum ini seorang anak yang rajin bekerja, malah tidak berkahwin kerana ingin menjaga saya dan suami memandangk­an kami bukan keluarga senang.

Zakaria dulu rajin, kini terlantar kaku

“Kini, dia hanya terlantar kaku dan mengharapk­an bantuan saya sepenuhnya. Makan dan minumnya setiap hari hanya bergantung kepada susu diberi melalui tiub.

“Saya reda nasib menimpa kami sekeluarga, namun berharap Zakaria kuat dan mampu sembuh seperti biasa. Saya juga berharap ada pihak tampil menyalurka­n bantuan bagi meringanka­n bebanan kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Che Senah memberi Zakaria minuman dengan menggunaka­n tiup kerana lumpuh diserang angin ahmar dan kini hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Degong, Lubok Stol, Rantau Panjang.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Che Senah memberi Zakaria minuman dengan menggunaka­n tiup kerana lumpuh diserang angin ahmar dan kini hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Degong, Lubok Stol, Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia