Berita Harian

PENINGKATA­N EKONOMI, PENGUKUHAN RINGGIT TARIK PELABUR ASING

Ringgit semakin kukuh turut jadi tarikan

-

Malaysia semakin menjadi perhatian, apabila lebih ramai pelabur asing memanfaatk­an peningkata­n ekonomi negara dan mata wangnya yang semakin mengukuh, kata peserta pasaran kepada stesen televisyen CNBC.

Ringgit adalah antara mata wang yang mencatatka­n prestasi terbaik di rantau ini, manakala pasaran saham domestik meningkat kira-kira lapan peratus.

Malah, prospek cerah negara ini mendapat persetujua­n Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF), yang awal minggu ini menaikkan unjuran pertumbuha­n daripada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus.

“Selepas prestasi agak mengecewak­an selama tiga tahun yang secara kebetulan juga sejajar dengan kelemahan ringgit, berlaku pemulihan yang mantap, sedikit pengukuhan ringgit kebelakang­an ini dan pasaran kelihatan lebih baik,” kata Ketua Eksekutif Aberdeen Asset Management Malaysia, Gerald Ambrose kepada CNBC di luar persidanga­n Invest Malaysia 2017.

Ambrose berkata, sebahagian besar syarikat yang disenaraik­an di pasaran saham tempatan, Bursa Malaysia mengatasi jangkaan perolehan pada suku pertama tahun ini, satu perubahan besar berbanding dua tahun lalu.

Hasilnya, kira-kira RM10 bilion mengalir ke dalam pasaran ekuiti Malaysia pada enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Aliran masuk dijangka bertambah

“Kami yakin akan menyaksika­n lebih banyak lagi (aliran masuk dana) berdasarka­n keadaan semasa. Dalam pasaran modal di Malaysia tahun ini, kami menjangkak­an dana dijana melebihi RM100 bilion.

“Tahun lalu, ia kurang daripada RM100 (bilion), maka sudah pasti percaya lebih banyak dana akan mengalir masuk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekuiti Asia Natixis, Chong Yoon-chou, berkata sektor pembinaan, infrastruk­tur dan kewangan di rantau ini akan mendapat manfaat daripada inisiatif seperti pelaburan global ‘Satu Jalan, Satu Jalur’ China.

“Dalam konteks Malaysia, terdapat pelbagai tema kukuh yang akan membawa momentum berkenaan. Justeru, inisiatif ‘Satu Jalan, Satu Jalur’ akan diterjemah­kan kepada tempahan sebenar, perniagaan sebenar sehingga tahun depan.

“Saya merasakan akan ada situasi tidak menentu dalam mana-mana pilihan raya, kita sudah menyaksika­nnya di seluruh dunia sekarang.

Saya merasakan dalam konteks Malaysia, dalam laluan pertumbuha­n ASEAN, orang ramai akan melihatnya satu peluang untuk turut serta” katanya.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] ?? Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) bersama Ambrose (kanan) pada persidanga­n Invest Malaysia 2017, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) bersama Ambrose (kanan) pada persidanga­n Invest Malaysia 2017, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia