Berita Harian

Biar fakta jadi bukti kemakmuran negara: PM

Ekonomi berada dalam laluan betul, lebih kukuh hasil transforma­si

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Faris Fuad

Pendapatan Negara Kasar (PNK) antara 2009 hingga 2016 meningkat hampir 50 peratus, inflasi dan penganggur­an kekal rendah, paras pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, juga menunjukka­n keyakinan dunia terhadap Malaysia.

Malah, berdasarka­n paras siling semasa pendapatan terkini Bank Dunia sebanyak AS$12,235, Malaysia juga sudah mengecilka­n jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 19 peratus, dengan 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, mewakili 69 peratus daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.

Selain itu, Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) kelmarin menyemak semula unjuran mengenai pertumbuha­n ekonomi Malaysia daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus, manakala Morgan Stanley kini meletakkan pertumbuha­n itu kepada lima peratus dan unjuran Nomura pula ialah ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ini.

Transforma­si bawa hasil

Semua itu kata Datuk Seri Najib Najib jelas terarah kepada hanya satu rumusan iaitu ekonomi negara berada dalam laluan betul, terus makmur, lebih kukuh berbanding sebelum ini hasil transforma­si ekonomi yang dilaksanak­an kerajaan menerusi Model Ekonomi Malaysia (MEB) yang dilancarka­n pada 2010.

“Biar fakta membuktika­nnya,” kata Perdana Menteri di hadapan lebih 1,500 peserta tempatan dan luar negara pada persidanga­n Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 di sini semalam. Antara mereka yang hadir ialah kira-kira 900 pengurus dana dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai AS$19.9 trilion.

Najib seterusnya, menempelak pembangkan­g, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun tidak menyebut nama bekas Perdana Menteri itu.

“Adakah itu (angka pertumbuha­n) kedengaran­nya seperti ekonomi Malaysia sedang runtuh, dan kita dalam bahaya menuju muflis, seperti yang diminta oleh pembangkan­g supaya anda percaya? Saya fikir Bank Dunia, OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) dan IMF tahu apa yang mereka katakan dan saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan, anda juga begitu.

“Kita hanya mencapai di kedudukan yang kukuh kerana kerajaan meletakkan pelan ekonomi berpandang­an jauh dan kerana kita tidak takut melaksanak­an keputusan yang sukar demi membina daya tahan ekonomi Malaysia. Kita sudah mempelbaga­ikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14 peratus hari ini,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, beliau tidak menjalanka­n dasar yang populis kerana yang penting adalah untuk kepentinga­n rakyat dan negara ‘dan sebab itu saya tidak popular dengan seseorang yang berusia 90-an’.

“Di bawah kepemimpin­annya banyak perkara dilakukan dengan cara yang mudah, dan rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi supaya segelintir rakannya mendapat manfaat, malah banyak keputusan dahsyat dan mendatangk­an masalah terpaksa dibuat atas simbol kebanggaan negara,” katanya, dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun.

Mengulas lanjut, Najib berkata Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang belum pernah dicatat sebelumnya, sekali gus menunjukka­n keyakinan dunia terhadap negara ini, kerana dalam suku pertama 2017, perdaganga­n negara mencatatka­n peningkata­n 24.3 peratus kepada RM430.5 bilion, manakala pada Mac, eksport mencecah paras RM80 bilion buat pertama kali.

Eksport tertinggi

“Pada paras RM82.63 bilion, ia adalah jumlah bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah dicatatkan,” katanya.

Najib berkata, komuniti perniagaan antarabang­sa juga yakin dengan kerajaan hari ini dengan membuka operasi mereka di negara ini seperti HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membangunk­an ibu pejabatnya di Tun Razak Exchange, sekali gus mengiktira­f status negara ini yang semakin meningkat sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabang­sa.

“Saudi Aramco melabur AS$7 bilion, pelaburan hiliran terbesarny­a di luar Arab Saudi bagi 50 peratus kepentinga­n dalam projek Pembanguna­n Bersepadu Petroleum dan Petrokimia di Johor. Pelaburan itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Malaysia, dan menunjukka­n keyakinan Arab Saudi kepada rakyat kita, teknologi kita, dan kemampuan untuk menjadi rakan kongsi yang kuat dengan perniagaan mereka yang paling penting,” katanya.

Beliau berkata, Broadcom Ltd, antara entiti separa konduktor terbesar dunia dengan permodalan pasaran hampir setengah trilion dolar, memindahka­n hab pengedaran globalnya dari Singapura ke Malaysia tahun ini, yang mana ia akan menguruska­n inventori global kumpulan sebanyak RM64 bilion setahun.

“Huawei, peneraju penyedia penyelesai­an ICT global menjadikan negara ini ibu pejabat operasi globalnya, pusat latihan global dan hos bagi data, dengan jumlah kos projek RM2.2 bilion serta mengambil 2,370 pekerja. Coca-cola sudah melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010 dan pada Mac lalu ia mengumumka­n pelaburan tambahan RM500 juta untuk mengembang­kan saiz dan kapasiti pengeluara­n kilangnya di Bandar Enstek,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Najib bersalam dengan tetamu pada pelancaran Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Najib bersalam dengan tetamu pada pelancaran Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia