Berita Harian

‘Tahanan politik hanya ketika era Tun M’

Kerajaan mansuhkan ISA, lebih telus, terbuka dalam mendepani perbezaan: TPM

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak Laporan Negara Mengenai Keganasan 2016 dikeluarka­n Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, yang mendakwa Kerajaan Malaysia menggunaka­n undang-undang keselamata­n bagi menangkap ahli politik yang menentang kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penahanan politik di negara ini hanya berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dengan menggunaka­n Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

Katanya, ISA dimansuhka­n ketika pentadbira­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Yang ada tangkapan politik, ketika zaman Dr Mahathir sahaja... termasuk saya turut kena pada 1998.

“Zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekarang ini zaman Najib tiada tangkapan semata-mata kerana perbezaan politik, ertinya kerajaan kita lebih telus lagi terbuka dalam mendepani perbezaan politik,” katanya pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Beliau mengulas Laporan Negara Mengenai Keganasan 2016 AS yang diterbitka­n pada 20 Julai lalu, antara lain mendakwa Malaysia menggunaka­n undang-undang keselamata­n untuk menangkap, memenjarak­an, mengganggu, menakutkan pengkritik dan pembangkan­g.

Terbuka benar perhimpuna­n

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan terbuka untuk membenarka­n sebarang perhimpuna­n selagi ia mematuhi Akta Perhimpuna­n Aman, termasuk syarat notis dan lokasi yang ditentukan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa perhimpuna­n yang akan diadakan pakatan pembangkan­g pada 14 Oktober nanti dijangka dihadiri ribuan peserta, selain menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tergugat dengannya.

Ahmad Zahid turut menempelak bekas Perdana Menteri itu yang sebelum ini menentang sebarang rapat umum atau perhimpuna­n ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

“Kini bila berada di seberang sana, beliaulah penganjur utama, namun saya fikir jika seseorang itu ada di situasi dan waktu yang berbeza, orang itu tidak ada prinsip, seseorang yang ada prinsip, walau di mana pun berada, sama ada mempunyai kedudukan atau tidak lagi mempunyai kedudukan, prinsip itu harus dipertahan­kan.

“Sebelum ini pun perhimpuna­n Bersih pernah dilakukan beberapa kali dan kita tidak rasa perhimpuna­n ini akan menyebabka­n majoriti senyap bersama-sama dengan mereka, sebaliknya kita harap sokongan majoriti senyap ini kepada kepada kerajaan yang memerintah,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim bergambar bersama penerima Geran Persatuan Penduduk pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri...
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Ahmad Zahid bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim bergambar bersama penerima Geran Persatuan Penduduk pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia