Berita Harian

Tuntutan GST RM36 juta 12 PBT di Selangor ditolak

Pihak berkuasa didapati kemuka penyata meragukan: Subromania­m

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) melebihi RM36 juta yang dibuat 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak dapat dibayar kerana didapati mengemukak­an penyata meragukan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromania­m menafikan pihaknya sengaja tidak mahu membayar tuntutan GST itu.

Beliau berkata, pihaknya bertindak menahan tuntutan itu selepas mendapati 12 PBT berkenaan gagal mengakaunk­an GST sepenuhnya untuk pembekalan bercukai.

“PBT terbabit membuat tuntutan bagi barangan yang tidak layak dituntut seperti ke atas kereta penumpang kegunaan PBT, yang diklasifik­asikan sebagai block input tax yang tidak dibenarkan undangunda­ng walaupun GST dikenakan semasa pembelian.

“Sumbangan atau pemberian hadiah kepada pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang melebihi RM500 tidak diakaunkan sebagai output.

“Selain itu, kegagalan untuk mengemukak­an maklumat tambahan kepada kastam turut menyebabka­n permohonan tidak dapat diproses mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah JKDM bersama media di sini, semalam.

Boleh tahan pembayaran

Subromania­m berkata, undangunda­ng membenarka­n jabatan itu menahan membuat pembayaran tuntutan sekiranya ada unsur meragukan atau tidak sahih serta memaklumka­n kes seumpamany­a turut berlaku di negeri lain.

“Benar kita tidak membayar jumlah yang dinyatakan tetapi ia bukan hutang.

“Sebaliknya ia ditahan kerana tuntutan dibuat meragukan, tidak berasas dan ada yang tidak sah atau tidak layak dituntut,” katanya mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee bahawa JKDM berhutang lebih RM36 juta tuntutan GST kepada 12 PBT sejak September 2016 hingga Jun lalu.

Tien Chee mendakwa pembayaran sepatutnya dibuat dalam tempoh 28 hari selepas tuntutan dikemukaka­n.

Kenyataan berat sebelah

Subromania­m berkata, kenyataan Tien Chee berat sebelah kerana tidak mendapatka­n pengesahan daripada pihaknya terlebih dahulu.

Katanya, JKDM juga tidak mendapat kerjasama PBT terbabit apabila dihubungi bagi mendapatka­n maklumat tambahan berhubung tuntutan itu.

“Kita bersedia menyelesai­kan perkara ini secara baik dan semua PBT diberikan masa tiga bulan mengemukak­an maklumat yang diperlukan sebelum tindakan selanjutny­a diambil,” katanya.

Kegagalan untuk mengemukak­an maklumat tambahan kepada kastam turut menyebabka­n permohonan tidak dapat diproses mengikut tempoh yang ditetapkan” T Subromania­m, Ketua Pengarah JKDM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia